Selasa, 23 Disember 2014

Dating Dengan Hubby

Assalamualaikum.

yeah.. hari ini kali kedua aku dating dengan Hubby.. hehe.. kalo 20November tu kan, Hubby bagi aku pudding karamel..sedap bak hang.. Kali ini, Hubby bagi


Kekki Chocolati la Peyotee..

Gitu nama nye.. haha.. padahal sesuka hati aku je nama kek tu.. Bukak je bekas tapaware tu, aku disapa dengan bau coklat yang sangat sedap.. kalah bau famous amos.. kannn.. haha.. tapi serius, My Hubby ini pandai buat kek. Kek dye buat tak rapuh bila dipotong.. gebu uolsss.. nampak tak penegasan yang aku bagi ni.. bersungguh-sungguh., haha.. ditengah-tengah ada krim coklat plak... perghh meleleh siak ayaq liuq cek makan benda ni.. ditaburi dengan kacang badam yang ala2 mewah tu uols..terbaik lah.. tak tergamak nak abeskan 3 slice ni. Rasa nak simpan je.. boleh tak hubby??
PLZZZZZZ..





ekceli jumpa hubby sat je.. nak bagi barang kat dia. barang dari puncak Cameron Highland katanya.. Aku belikan hubby Baju, bantal Stroberi-beri, teh stroberi-beri, keychain, dan beberapa helai baju jenama yang Hubby suka pakai.

Hubby : Terima kasih bobot..berapa ringgit semua baju ni?

Aku : Entah, bobot tak tengok harga pon. apalah sangat barang yang bobot bagi tu dengan apa yang 
          Hubby dah habiskan untuk bobot. 


yer.. Aku sayang dia sangat. 14Januari ni genap 2Tahun aku bersama dengan dia.. dah macam-macam yang kiteorang harungi bersama..banyak yang kami share sama-sama. dan semakin lama, aku semakin mengerti maksud yang selalu dia ungkapkan

"Cinta itu bukan milik kita, Tapi, kita berhak merasainya", ia dengan dia, aku rasai cinta yang tidak mungkin aku miliki daripada sesiapa pun sebelum ataupun selepas insan yang bernama Piyot.

*arghhh meleleh air mata tulis entri kali ini sambil dengaq lagu siti "Terbaik Bagimu",

Rasakan kamu ada
Disaat senyum juga Tangisku
Rasanya Kamu sudah
Jadi yang Terbaik Bagi aku

Masih Kurang Rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi yang Terbaik bagimu


Terima Kasih Hubby.. T_T

Khamis, 18 Disember 2014

lamo menyopi

assalamualaikum...



Dah tiga bulan aku menyepi..... alhamdulillah semuanya baik-baik saja.. aku dan piyot masih lagi bersama. cewah.. 20hb November bufday Piyot. Aku dapat gak jumpa dia bagi hadiah sebelum aku balik ke Melaka.. Hadiah yang aku beli semasa aku bercuti di Shanghai dan Pulau Pinang.

tapi bukan aku je yang buat suprise. Rupanya hubby pun buat suprise gak, Hubby bagi

1.jam Tissot, 
2.cincin, 
3. sebenier dari institut dia
4. baju Fit Malaysia dan Baju tshirt kegemaran dia
5. menara Eifel 

Arghhh.. Hubby kita sweet sangat,, lepas tu siap buatkan puding karamel untuk kita bawak balik melaka lagi. hehe.. kita bagi mak rasa tau hubby.. hakhakhak..

thanx hubby..bobot sayang Hubby sangat-sangat....

*lagi 1bulan lagi ulangtahun ke2 kita.. yeahh.. nak plan ape ek? korang ade idea x??

Ahad, 21 September 2014

Katakan Tidak

Assalamualaikum

aku baru jumpa Music Video lagu baru Afgan. 'Katakan tidak'

Kalau korang masih ingat, aku pernah cakap yang muka Afghan tu macam hubby,, hehe,, kalau tak ingat klik SINI

Sebelum ini aku ingat si Afghan ni bawak lagu balad jiwang je.. tapi lagu 'Katakan Tidak' ni lagu dia macam ke arah Kpop sikit, siap ada dance lagi


Lirik Lagu Katakan Tidak - Afgan

Kekasihku jangan macam-macam padaku
Cukup satu macam saja kepadaku
Jangan terus kau bagi-bagi cintamu
Cukup sayangi aku

Kekasihku jangan terus mengujiku
Aku mau kau mau mendengarkan aku
Jangan terus kau memandangi temanku
Di depan mataku

Katakan tidak pada selingkuh
Katakan tidak pada mendua
Katakan tidak pada semua
Yang sudah miliki kekasih

Katakan tidak pada berdusta
Katakan tidak tebar pesona
Katakan tidak pada lainnya
Cukup aku satu

Kekasihku jangan terus mengujiku
Aku mau kau mau mendengarkan aku
Jangan terus kau memandangi temanku
Di depan mataku

Katakan tidak pada selingkuh
Katakan tidak pada mendua
Katakan tidak pada semua
Yang sudah miliki kekasih

Katakan tidak pada berdusta
Katakan tidak tebar pesona
Katakan tidak pada lainnya
Cukup aku satu


*Hubby jangan nakal-nakal kat Malaysia tu. huhu...

Sabtu, 23 Ogos 2014

#Malaysiaberkabung

Assalamualaikum



Semalam, 22 Ogos 2014.. Seluruh negara merasai kesedihan dan kehibaan keluarga mangsa nahas MH17. Sewaktu menonton siaran langsung Istiadat Penghormatan Negara kepada mangsa nahas, gugur jua air mata saat melihat tentera mengusung keluar jenazah dari perut pesawat. Satu-satu keranda dibawa masuk ke dalam van jenazah. Selesai semuanya, pengacara meminta semua hadirin berdiri dan membacakan Al-Fatihah. Sayu hati ini mengenangkan bahagianya mangsa menerima jutaan Al-Fatihah seluruh negara yang mendoakan mereka. Semoga Allah merahmati mereka.

Selang beberapa jam kemudian, sewaktu upacara solat jenazah Allahyarham Hakimi dan Allahyarhamah Syazana, terlihat kelibat anak Hakimi, Abderahman.. 


budak sekecil ini tidak menangis sekalipun takut melihat orang ramai. Seolah-olah mengerti dan menghormati majlis solat jenazah ayahandanya. 

Muhkriz menangis di sebelah keranda ibunya 



Namun..


Disebalik istiadat penghormatan ini, Aku sangat kecewa dengan ulasan yang dibuat oleh pengacara Astro AWANI, sape tah nama dia.. Sewaktu siaran langsung kemasukan keranda ke van jenazah, pengacara tu duk sibuk cerita pasal Aset tentera yang digunakan dalam istiadat kali ni, Oh Please lah.. acara siaran langsung kot kau duk cerita benda tak penting. Aku tak dengar pun kau ulas pasal mangsa-mangsa nahas secara menyeluruh.. kau just sebut nama mangsa. 

Berbanding Pengacara TV1 si shahril tu, ceritakan satu-satu latar belakang mangsa. sewaktu keranda Mastura diusung, diceritakan latar belakang mastura. Kemudian diulas mengenai Co Pilot Hakimi dan dibacakan ayat Quran bagi menguatkan skrip dia. Itu baru pengacara yang baik sewaktu mengulas acara siaran langsung. 

Maaf terlalu emosi tetapi ini ialah hari #MalaysiaBerkabung dan kita tidak perlu mengulas tentang aset-aset yang digunakan. Mungkin boleh di'highlight'kan nanti jer.

This is #WingsAngel sign out

Jumaat, 15 Ogos 2014

Memasak Katanya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya.. tetiber..

Hari Selasa yang lepas, aku pergi Giant Bukit Indah nak cari makanan nak buat potluck kononnya, tapi makanan frozen kat sana tak best plak. Baru plan nak buat ala-ala steamboat.. main celop-celop.. last-last pusing satu giant usha2 barang lain. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku..

1 set Carbon Steel Cookware RM45.00 je..

hmm macam murah je, dah lah dapur kat rumah tak pernah berasap. So aku pakat dengan sorang housmate nak kongsi-kongsi beli periuk tu.. ok what, Rm45 dapat 5 biji periuk.. berbaloi lah untuk orang bujang kan.. bukan nak masak ape sangat pun kan.

then beli juga bawang putih bawang merah sayur dan beras haha.. semuanya rm85... kalau Emak tau ni mesti dye tanya "Apsal belanja kasau sangat ni?, haha...


Semalam

Aku : hubby : nak masak nasi goreng sardin kene tumis bawang tak?

Hubby : amboi, rajin jerk

Aku : Sardin ada lebih semalam, tu yang nak tanya. Kene tumis bawang ke?

Hubby : taklah. watpe? kan dah letak bawang...

Aku : oh..baik bos

dan aku gigihlah memasak.. haha, macam lah susah kan masak nasi goreng sardin.. lalal


Hubby : wahhhh, resepi baru telah lahir harini..

Aku : hahah, kannn, Malu kita

Hubby : Nasi Goreng Sardinnicaragua.. 

Aku : hahahaaa... sedap pulak nama tu.. 


bukan nak up diri, tapi housemate aku tambah tiga kali kot.. haha..
.

*lepas ni Encik Hubby dah ada pesaing ok.. saya telah kembali ke arena pemasakan.. lalalala..

Selasa, 15 Julai 2014

Kisah Ramadhan ku Part 1

Assalamualaikum

pejam celik dah malam ke 18 Ramadhan.. sudah 17 hari kita berpuasa. Korang berpuasa penuh tak tahun ni? kalau mana yang nak mengelat tu jangan nak mengada-ngada. Dah tua bangka pon tak puasa penuh jenuh lah nanti dah ada anak pinak. Puasa korang macam mana? 

Kisah Ramadhan aku agak bermula dengan agak menyedihkan. Ciss..

Minggu Pertama Ramadhan :

1. Balik kampung.. Sebab JDT menang kan, so balik lah kampung awal sehari.. Masa tu dah demam dah. gigihkan diri nak sambut awal ramadhan dekat rumah. Alhamdulillah dapat gak sambut ramadhan dengan famili. Tapi yang bestnya 2 kali pi klinik sebab demam tak kebah. Hari pertama puasa terbaring depan tv sambil menanti waktu berbuka. Tak dilupakan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan. Layan gak rancangan ni waktu puasa.

2. Hari ke 3 Puasa tiba-tiba rasa perut pedih, tapi kuatkan gak hati untuk berpuasa penuh satu hari, bak kata my Hubby, rugilah kalau tak puasa sebab pahala Ramadhan tak sama dengan pahala ganti kan. kita takkan jumpa puasa ramadhan tahun ni sebab tahun depan sudah Ramadhan tahun 1436h. Hari ke 4 Ramadhan, aku dah tak boleh tahan dah. Lepas kerja Aku pergi Klinik 1 Malaysia Nusa Bestari tu. MA kata aku dah kena Gastrik. What the Fish, dah tua macam ni baru lah nak kena gastrik. Ohmai.. #dahkenapaakuni? bertambah lagi ubat dan antibiotik aku

3. Hari ke7 Ramadhan. aku berbuka dengan member opis dekat kenny rogers Setia tropkia. Habis je makan, member tegur kenapa tangan aku penuh bintik-bintik.. arghhh sudah kenapa pulak.. macam-macam hal lah. Balik rumah terus snap gambar tangan yang dah penuh bintik tu then aku whatsapp kan dekat Hubby dan mak aku.

Hubby : Bobot makan ape tadi?

Aku : Kenny rogers je.. ayam, nasi, muffin pisang dengan buah2. 

Hubby : ada buah nenas kan?

Aku : AAH

Hubby : elergik kot ni..

Aku : tapi badan Bobot dah panas. macam nak demam balik

pastu emak plak call aku

Emak : along. bintik tu kat tangan je ke?

Aku : Aaah mak, kat tangan je..

Emak : Badan panas tak?

Aku : dah mula panas balik ni..

Emak : takut denggi je ni.. esok pi lah check 

tetibe ayah plak ambil telefon

Ayah : Along, kau jangan degil. esok pagi pi klinik ambil darah.

Aku : hmm baik ayah.. (dalam hati : malasnye nak pi klinik lagi)

Ayah : sekarang ni musim demam denggi. jaga kesihatan tu

Aku : yer ayah. nanti esok along pergi


Esok pagi nye.. Aku bangun nak bersahur. Pergi ke tandas nak cuci muka.. Aku tengok dekat cermin.. Tidakkkkk.. satu badan aku dah naik bintik merah.. Dalam hati aku cuma berharap jangan lah demam campak @ Denggi.. Aku tak mahu duduk dekat HSA tu.. 

Aku masuk ke Office macam biasa. Kemudian, member tegur, "apsal leher ko berbintik-bintik tu?" argh sudah.. jelas sangat ke? Aku terus jumpa bos, mintak kebenaran nak pi klinik. Sampai dekat Poliklinik Mahmoodiah dah pukul 10. Orang dah mula ramai, nombor pon lambat dia nak panggil. 

Nombor aku pun dipanggil, "yer incik. dah demam berapa hari yer", tegur Doktor perempuan muda berambut panjang. "dari sebelum puasa doc dan sampai sekarang sekejap demam sekejap ok", kataku. "ok, Incik pi belakang, kita nak ambil darah", arah doktor perempuan tu. arghh tidak.. kena ambil darah lah pulak. To be honest aku tak suka klinik, dan Jarum.. Benci ya amat.. Medical Assistant yang bertugas ambil darah tu macam elok je. opss puasa lah. Lagi pon aku tengah sakit, tengok sekali lalu je muka dia. Masa dia nak cucuk jarum tu memang aku tak pandang lah kan. Aku pandang tempat lain. 

2 Jam aku tunggu untuk Doktor tu panggil balik bagi result. "sel darah putih incik tinggi" Aku malas nak tanya panjang dengan Doktor tu sebab dah jenuh menunggu.. Dia bagi ubat antibiotik yang besar punyer.. Matilah nak telan semua antibiotik yang ada. kemudian, aku snap gambar keputusan blood test tu dan aku whatsapp kan kat member yang keje dekat IJN dan HKP. Minta diorang tengokkan apa yang tak kena dengan result tu. Member cakap "normal lah bila demam panas, sel darah putih tinggi sebab dia nak defense badan", aku dah lega dah..nasib baik bukan demam campak atau Denggi kan.

Selesai urusan di Poliklinik Mahmoodiah, aku terus ke Jalan Yahya Awal, ada meeting kat sana pulak.. Argh memang dalam meeting tu tak banyak cakap lah. Orang demam kau suruh attend meeting dengan pegawai kerajaan memang senyum paksa je lah. Kalau bos tak bagi aku anugerah tahun ni siap lah aku mogok!! tudia buat keje tak ikhlas.. astagfirullah. Setakat tu je Kisah Ramadhan ku Part 1. Selamat berpuasa guys

Rabu, 2 Julai 2014

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum

Sudah 4 hari Ramadhan menjenguk. Alhamdulillah semalam aku dapat juga berterawih di surau setelah 2 hari tidak sihat. Ramadhanku disambut dengan demam dan sakit kepala yang teruk. Ini semua pasti ujian daripada Allah, dan aku terimanya. Salam Ramadhan buat semua blogger dan blogwalker semua. Jom azam tahun ini untuk berpuasa penuh dan jauhi benda yang lagha.


kepada hubby, terima kasih sentiasa berada di sisi saya, tak kira waktu susah senang, sakit sihat...sayang hubby sangat-sangat

Selasa, 10 Jun 2014

PJJ

Assalamualaikum, hai awak-awak semua.. semoga sihat dan ceria hendaknya di samping yang tersayang. cewah.. ada ke? hehe.. sejak bercuti ni, rasa macam malas je nak buat benda. cewah.. memang aku malas!! dah selalu kene sound dengan hubby, tapi still masih malas lagi.. tadi petang aku call si Faiz.

Aku : Assalamualaikum, ni bilik mayat Hospital Sultanah Aminah ke?

Faiz : waalaikumsalam, maaf salah, ni rumah mayat orang Asli. Motif!, ko dah kenapa tiba-tiba call aku ni??

Aku : Saje-saje je pakcik oit. tak boleh ke aku nak call ko?

Faiz : boleh je, aku pun tak bizi ni?

Aku : ouh. Ko bila nak balik Melaka lagi ni bai? aku dah macam kutu kematian bini ko tau..

Faiz : Yo lah ko jang, BF ko kan ada. pi lah jumpa dia.

Aku : kiteorang kan PJJ..

Faiz : ye lah PJJ tapi macam mana korang boleh tahan ek walaupun tak jumpa?

Aku : hah, tu lah sebab aku nak call ko.. nak bagi SECRET RECIPE dekat ko ni.. resipi bahagia dengan PJJ (perhubungan jarak jauh)

artikel dipetik daripada Harian Metro 1/11/2013.. which is dah dekat2 dengan bufday aku dan bufday my hubby bunny tahun lepas.

Cinta dan perkahwinan jarak jauh menjadi satu perkara biasa pada zaman ini memandangkan pasangan masing-masing mempunyai komitmen kerja dalam mencari rezeki demi kesejahteraan keluarga.
Cinta jarak jauh semestinya mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sendirian. 
Misalnya pasangan bercinta terdedah kepada pelbagai dugaan khususnya godaan daripada lelaki atau wanita lain. Jika kasih dan kesetiaan tidak teguh, mereka akan terpedaya seterusnya cinta yang dibina boleh putus di tengah jalan. 
Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh? Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Apakah tip bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ini?

Disenaraikan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik.


• Manfaatkan masa yang ada

Cinta jarak jauh ini bukan saja memerlukan kos yang tinggi kerana perlu berulang alik untuk bertemu pasangan masing-masing, tetapi juga kesuntukan masa yang begitu cemburu setiap kali bersama.

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama supaya ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. Elok juga jika anda boleh menyatakan perkara yang mengganggu fikiran, dengan ini sebarang kekusutan boleh dirungkaikan.

*macam aku dan hubby, xdapat nak manfaatkan masa bersama sebab kiteowg tak penah jumpa lagi. hihi. so aku tak nak huraikan tentang bab ni yer 
• Kreatif

Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Banyak aktiviti yang akan meninggalkan kenangan manis kepada anda iaitu memasak dan bersukan.

Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.

Sebagai cara mengambil berat, anda perlu bertanyakan aktiviti harian supaya mereka tidak rasa diri kesunyian dan diambil berat oleh pasangan. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin. 
*aku setuju dengan penulisan ni sebab, tak semestinya dah berjumpa baru nak manja-manja dan caring kan. gunakan lah apps yang ada untuk meningkatkan keghairahan dalam hubungan korang, cewahh ghairah katanya. macam Hubby, dye selalu lukis pic2 yang cute2 dan bagi kat aku. aku pun lukis gak. tapi agak hodoh lah kan. hakhakhak.. 

tak cantik.. tapi nak tunjuk gak, sebagai bukti.. haha.. :P

• Saling percaya

Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya.

Sebagaimana anda mahu pasangan mempercayai anda, begitulah juga dia. Perasaan buruk sangka atau mengandaikan sesuatu tidak pasti perlu dikikis daripada fikiran kerana akan menjadi peluntur kasih sayang.

*pada aku, ini yang paling penting.. sangat-sangat penting. Percaya bulat-bulat pon takpe. jangan ada rasa sangsi dengan kapel korang. tak de untung nye.. korang jauh, jadi tak payah nak negatif thinking sangat lah.. be a 4ve kapel.. Aku jenis yang mudah percaya dan beri kepercayaan kepada orang. bila first time borak dengan hubby, aku percaya dan tak soal banyak dengan kehidupan dia, kalau lagi banyak soalan, lagi banyak benda yang kau akan syak dan wasangka, jadi solution nya BAIK JANGAN TANYA.. hehe..
• Kurangkan masa bertengkar

Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani.

Bukan tidak boleh merajuk kerana ada kalanya ia menjadi pengikat cinta. Namun janganlah terlalu kerap merajuk, bimbang pasangan akan berasa bosan. Malah, jika merajuk usahlah terlalu lama kerana ia hanya akan menjeruk anda berdua dan menghilangkan keindahan perkahwinan. Sebaliknya cuba kenangan indah dalam hubungan jarak jauh.

* dekat part MERAJUK tu selalu kiteorg buat. hahah.. kadang-kadang bila hubby senyap je, tak balas-balas msg bobot, bobot sedey tau.. huhui, pastu merajuk lah seminit. mana boleh merajuk lama-lama, hubby kan ada alasan yang kukuh. contohnya, masa hubby balik somban.. ada plak mamat sorang tu, memang tak dapat ler layan bobot. so bobot boleh paham sayang. tapi SIYES, satu hari kalau hubby tak layan bobot, boleh gila oooo...

• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi

Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik.

Pun begitu, anda dan pasangan mestilah sama-sama berusaha supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia sepanjang hayat.

*ini yang aku lemah.. aku nak sangat-sangat duk serumah dengan hubby. masak dengan hubby, duduk bawah ketiak hubby. tengok movie dengan hubby. hehe.. tu semua masih lagi dalam peringkat angan-angan.. aku masih menanti waktu itu kunjung tiba. hihih..

• Setia

Jika mengharapkan pasangan jujur, maka anda juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan supaya tidak wujud salah faham antara anda dan pasangan. Jika ada yang cuba mendekati, berterus terang bahawa anda sudah menjadi milik orang dan jangan cuba bermain api.

Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi dari insan tersayang.

*dah macam lagu kriss dayanti "COBALAH UNTUK SETIA", haha.. kalau korang nak faham ape tu setia, hah ape lagi, pi bukak lagu kriss dayanti. setakat ini, aku masih setia dengan hubby bunny sorang, kalau member blog tanya, jawapan aku tetap sama, "yer, sebenarnya saya isteri dia", ok maaf macam tergedik je kan.. haha

• Hubungi pasangan apabila rindu

Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang.

Elakkan mengganggu pasangan ketika dia sibuk kerana ia akan memberi tekanan yang mungkin boleh menjadi punca pertengkaran.

* kami selalu call, kalau hari bekerja pukul 5-7ptg dan 9-11mlm, kalau weekend 9-11pg, 2-4, 5-7, 9-11mlm. tapi tak suka r sebab cuti xsama.. sedeyyyyyyhh.. huhu

• Tatap gambar

Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru.

*bab ni, hubby aku liat skit. nak mintak pic dye bukan main susah!!! hehe.. saje r tu nak buat cheq rindu kan dia.. ai lap yu hubby.. haha

• Buat kejutan

Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan.

*hat ni angpa toksah dok kira lah nooo. dah banyak suprise cheq buat bagi kat dia (boleh rujuk entri sebelum2 ni).. hehe.. yang penting balik kepada yang mula-mula tadi KREATIF dan berinovatif tunggak kesejahteraan umat. tetiber. 

• Kirim surat

Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya!
*jangan kata surat, boxer cheq pon cheq ada bagi.. hehe..cheq ada bagi kat hubby  Anime untuk Piyot. mesti setiap malam hubby tatap kan? lalalalaa.. heheh

mintak maaf lah kalau ada yang tak berkenan bila baca entri cheq ni, saja nak tulis apa yang aku suka kerana ini adalah boleh Wings Angel. hehe.. terima kasih kerana sudi membaca. dan saya sayang anda kalau anda meninggalkan komen diruangan yang disediakan. sape komen cheq sayang ang. luaskan kuasamu piyot. tetiber.. ok tu takde kene mengena. lalala

Selasa, 6 Mei 2014

Perginya Seniman Negara

Assalamualaikum..

Mati itu Pasti, Hidup InshaALLAH..

Alfatihah buat Pak Ajis, semoga Allah merahmati anda, terima kasih pak ajis, pak sudin dan Pramlee kerana saya membesar dengan lawak anda bertiga. Semoga Allah menyayangi kalian.



sudin: dulu kalau korang dengar cakap..senang kita dah pindah pun

aziz : yer la din..umah yg kau ckp tu ader org pindah ke blom

sudin : umah yg mana niii

azizi : yang kau ckp tu

sudin: oo..umah tu masih kosong tapi kalau kita apply dpt laaa

azizi : ader berapa bilik din
sudin : ada 3 bilik

aziz: ooo..bagus la kita ada bilik sorang satu ..besar tak biliknyer din

sudin: besar tak berapa besar...panjang nya tu 7 kaki kau tu..lebarnya tu membawa ke 3 kaki....dalamnya 7 kaki daaa...

azizi : besar jugak.....(baru sedar sudin mainkan azizi )..itu kubur tempat ko nak mampus bahalolllll

Jumaat, 2 Mei 2014

Setahun sudah Berlalu

Assalamualaikum

Hari ini, 2 Mei 2014.. sudah setahun dia pergi meninggalkan aku..

Aku rindukan asam pedas, kuah masak lemak, nasi goreng dia. sejak dari dia sakit dua tahun lepas, tidak lagi aku dapat rasa kan air tangannya. Masih aku ingat, sewaktu aku nak balik ke JB, dia gigih bangun dan masakkan sambal ikan gelama. sedapnyaaaaaa...

tapi itu kisah lalu..

semalam..

aku sengaja ambil jalan dalam nak balik ke Melaka.. jalan yang pernah aku lalu setahun yang lalu..

Yong Peng-Bakri-Muar-Melaka

Setahun yang lalu, sebelum sampai ke rumah, aku tepaksa mengambil sepupu aku di Bakri, dalam keadaan aku tidak tahu yang dia sudah tiada lagi.

Disebabkan nak cepat sampai ke rumah, aku nyaris dilanggar oleh Civic.. tetapi Allah masih lagi mahu aku terus hidup...

Semalam,

Sepanjang perjalanan aku bermonolog sendirian,
adakah dia sedang melihat apa yang aku buat sekarang, adakah dia sedih dengan apa yang aku buat sekarang, dan adakah dia bahagia di sana.

Nenek,

Aku sedang cuba perlahan-lahan untuk menjadi anak, abang, dan cucu yang soleh. Cucu yang boleh sentiasa mendoakanmu di dalam setiap solatku.

Semoga Allah melapangkan pembaringanmu, menjadikan kuburmu sebagai taman syurga. Sesungguhnya, kau insan yang berjasa kepada diriku ini, sejak dari kecil sehingga aku besar. Terima Kasih Nenek.

Aku Sentiasa Merinduimu.

AlFatihah buatmu..



setahun yang lepas (klik)

Isnin, 28 April 2014

Cinta Awak Sesungguhnya

Assalamualaikum.. 
sekarang ni, asyik bernyanyi je dengan hubby itew.. so tadi masa ngah menaip plan kerja, saja bukak youtube nak tengok lagu ape yang best. Aku ternampak Sabhi Saddi, mesti korang penah bacatentang mamat ni dalam entri Persepi aku tentang bina badan kat blog aku. Aku pun bukak lah lagu yang dia nyanyi. tajuknya Cinta Sesungguhnya.. omai.. layan feeling beb.. rasa nya menepati ciri-ciri lagu yang Hubby suka tak? lagu bersifat melenium okkkk.. hehehe.. 

ce play untuk dengaq kan lagu yang ala2 layan feeling ketika hujan ini...

Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu
(memang aku beruntung sangat dapat kenal dan kapel dengan En.Bf)
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu

(dia sentiasa menyayangi dan menerima aku seadaanya, walaupun aku macam tomok?? ) hakhakhak

Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu
(dan aku juga membalas dengan menyayangi dia lebih dari yang dia tahu)
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
(janji-janji yang dah ku buat dengan hubby, akan aku cuba kotakan )
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Takkan lelah mendampingimu
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

arghhhh.. bila layan lagu ni, rasa nak terbang ke KL.. hubby, pukul 2 nanti jemput bobot dekat KLIA2 tau.. cewahhhhh.. hihi.. 
*love u Hubby Bunny...
*love u so much
*love u seribu tahun

Ahad, 20 April 2014

zon karoks : dari Cover ke Single sendiri


Assalamualaikum,

Ayuh tinggalkan dia... ceyh.. tidak ada kene mengena antara hidup dengan yang mati.. aku minat dengan lagu-lagu yang encik mimpi cover.. sangat sempoi dan bersahaja. Yang paling aku suka, parodi lagu apo kono eh jang yang ditujukan khas untuk shila amzah waktu dia break dulu.

Dan sekarang Encik Mimpi dah ada dua single sendiri.. siap buat music video. tahniah EM, daripada nyanyi biasa-biasa, sekarang dah ada lagu sendiri. semoga terus sukses EM. Somehow lagu ni aku terasa macam lagu zaman 90an.. easy listening dan mudah nak faham, takde lah berberal-beral bak kata orang melaka kan.. :)

P/s nak mintak En.BF cover lagu ni pelis.. ayuh tinggalkan dia untuk aku.. tetiber kan.. hahaha.. muahhhhh..

Sabtu, 12 April 2014

Aussie katanya


Assalamualaikum...

Bulan lepas aku dapat bungkusan dari En.BF.. aku dah start minum auramen dan glutaking.. tengok r nanti putih melepak r aku pasni.. hihi.. dapat je bungkusan tu terus aku call En.BF..

Aku : Hubby... terima kasih sayang!!! dah dapat dah parcel tu. Adik bukak sekarang yer...

Hubby : gedik.. bukak je lah..

Aku :  wahhhh.. yang berat ni rupanya Auramen.. aritu kata nak bagi glutaking jer.. ni siap ada spiderman,               casing note 3.. wahhhh... terima kasih sayang.. Bobot sayang Hubby..

Hubby : tu je ke? ada lagi kan? cuba cari kat dalam timbunan tisu tu... 

Aku : aehhh.. ade lagi? takde pun... dah carik dah.. 

Hubby : hmm takpe lah.. bobot dah terbuang kot...

Aku : ish.. Bobot dah carilah... takde ape2 pon..


SEMALAM




Aku : hubby....... ehem2...





tadaaaaaa.. hihi.. dah jumpa. dak achik jumpa masa tengah kemas bilik...

Hubby : kan.. kalau cari betul-betul mesti jumpa.. ceyhhh.. lepas tu cakap hubby tak bagi...

Aku : alorhhhhh sori sayangku Hubby mucuk masham... muahhhh.. Love u Hubby Bunny..


Thanx 4 the Koala.. tak dapat pi Aussie pon tak pe lah... janji dapat cenderahati...hakhakhak.. Bobot hargai segala pengorbanan Hubby. Tak tahu dah berapa juta kali cakap terima kasih dan perkataan sayang.. tapi tak pernah jemu dan bosan bila mengucapkannya....



 I LOVE U PiYOt ... sayang sangat-sangat.


Selasa, 25 Mac 2014

BUNGKUSAN DARI HATI part 2

Assalamualaikum...

My Hubby ni penuh dengan kejutan. Time dia nak balik kampung barulah dia nak poskan barang.. aku ternanti-nanti kan casing Note 3 yang dia janjikan taun lepas.. hihi.. cuma tak mintak bersungguh-sungguh sebab malu.. hikhikhik

tunggu






tunggu








tunggu






dari pukul 8.00 Pagi..





tengok dekat website.. Barang dah sepatutnya sampai kat umah

ni tengok jam dah pukul 1..

omak aih.. tak sampai2 lagi..

risau aku..

tunggu punya tunggu sampai tertido den kat depan pintu





pukul 6.00 ptg





van pos laju pun sampai

bungkusan aku terima.. mak aih berattt nyer

padahal casing je pon....






lantas aku dengan separa gelojohnya nak sangat tau ape ada dalam bungkusan ini..


aku carik-carik kan bungkusan ini dengan rakusnya. cewah.. macam ler aku ni sopan sangat ala-ala perempuan melayu terakhir.. #takdemaknenye









aehhhh...

ada Auramen lahhhhhh

ada Glutaking lahhhhhh

ada Spidey lahhhhhhhh

ada casing lahhhhhhhhh

hehehe



Hubby.. thanx sayang..

tak sangka hubby belikan Auramen untuk Bobot...


lepasni siap ler pesaing-pesaing yang nak merampas Hubby dari aku.. Aku bakal Cerah okkkk..

#berangan.. #perahsantan #poyossss hehe


"Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya."

Selasa, 11 Mac 2014

#DoauntukMH370

Assalamualaikum



Sabtu lepas, sedang aku leka membuat kerja di office, datang member cakap pasal pesawat MAS hilang. beberapa minit selepas itu, penuh news feed aku pasal kehilangan pesawat ini. Pesawat Boeing MH370 dari Kuala Lumpur Ke Beijing di dapati hilang.

Sudah masuk hari keempat kehilangan MH370. Macam-macam usaha dah dilakukan. Pelbagai bantuan ditawarkan. Hatta khidmat bomoh diperlukan. Semakin ramai rakyat kita yang berdoa dan terus berdoa memohon dipermudahkan urusan pencarian penumpang dan crew MH370. Paling aku terkesan sewaktu menonton buletin utama semalam, ketika Al-Fadhil Ustaz Noh Gadot memanjatkan doa dan diaminkan oleh Johan Assari, Rosyam Nor, dan beberapa artis lain, diselang selikan dengan guguran air mata Al-Fadhil Ustaz dan juga waris-waris penumpang, aku terkesan.

Kehilangan mereka diratapi oleh segenap rakyat Malaysia bahkan rakyat dunia. Tapi adakah pemergian aku nanti bertemu Yang Khalik akan diratapi seperti itu. Adakah aku sudah bersedia menghadap Rabbul Izzati ketika aku masih lagi culas dalam menunaikan ibadah kepadanya.

Ayuh rakan-rakan, 
Tadahkan tangan kamu,
Mari sama-sama kita panjatkan doa ke Hadrat Ilahi,
Mohon dipermudahkan urusan pencarian MH370
Semoga mereka dapat bersatu dengan ahli keluarga tercinta

Ya Rabb,
Jika mereka di langit, turunkanlah.
Jika mereka di laut, keluarkanlah
Jika mereka di bumi, tunjukkanlah

Hentikanlah komen anda yang mampu menguris perasaan ahli keluarga mereka yang hilang, sebaliknya tunjukkanlah moral support anda, atau jika tidak mahu, berdiam dirilah. Di saat kita buntu, tidak tahu ke mana arah tuju, maka di saat itulah sepatutnya kita kembali kepada Yang SATU.. Allah yang menciptakan kita dan kepada dia lah sebaik-baik tempat bergantung. HasbunAllah wa nekmal wakeel..

This is Wings Angel #pray4MH370 #pleasecomebackmh370 #stophurtingpeoplefeeling

Khamis, 6 Mac 2014

Grrrr....

Assalamualaikum



Hubby : Budak-budak zaman sekarang pentingkan diri, susah nak bagi pinjam kawan barang dia. pastu bila                dah terdesak, padan muka tak de orang nak bagi pinjamkan dia barang

Bobot : Dulu adik pon macam tu gak. Susah nak bagi pinjamkan barang.

Hubby : tu bobot, lantak lah. Hubby tak nak tau..

Bobot : ok..................... (diam selama 10 minit)


dah lama lepas tu..


Wassap pun berdecet2

Hubby : oit
             oit
             oit
             bobot bolat

Bobot : Walaupun adik kecik ati dengan hubby, tapi adik tetap sayang hubby seperti dulu

Hubby : Alolo.. kata dah matang, bobot mana boleh berkecik ati..

Bobot : Memang r dah matang, tapi nak gak r berkecik ati skit2.. :P

Hubby : Bobot tak boleh berkecik ati. kena berbeso ati..

Bobot : ......................................................................

Hubby : love u
             muahhh


p/s rasa nak kokak je laki aku ni.. dapat depan2 siap lah aku kokak betul2 mulut dan jari jemari dia.. haha..
     tapi, kokak2 manja r.. lalalala..

☻ ♥ ☻
/█\ /█\
.||. ||.
SEKUAT mana kita setia…
SEHEBAT mana kita merancang…
SELAMA mana kita menunggu…
SEKERAS mana kita bersabar…
SEJUJUR mana kita menerima kekasih kita…
SELAMA mana kita bertahan bersamanya…


kita tetap berhak merasa cinta dan kasih sayang itu...

Ahad, 16 Februari 2014

1 Tahun 1 Bulan



Assalamualaikum

korang sambut valentine tak? kalau sambut.. ish3.. tak tengok ke kempen2 kat fesbuk

'Katakan Tidak Pada Valentine'

Perayaan Hari Kekasih katanye.. jatuh pulak hari jumaat kan.. lagi baik sambut hari jumaat, Penghulu Segala Hari, Hari di mana berlipatnya pahala amal ibadat kita jika dilakukan..sampaikan Johor pun cuti hari Jumaat taw.. tetiber kaitakan dengan Johor.. (Luaskan Kuasamu) haha..

Valentine atau tidak aku dan En.Hubby tak sambut pun. Kami sambut ulang bulan ke 13 kami.. haha.. poyos tapi itu lah hakikatnya kan. Semakin lama aku kenal EN.BF semakin banyak kenangan yang aku kutip. Setiap hari mendengar omelan dia pasal kerja dan hidup nya di sana. Aku tetap setia di sini menanti saat dia kembali disisiku..(cewahh)..

Dan setiap hari juga lah, dia mendesak aku supaya workout..

Aku : omai.. malas ler hubby.. tolong workoutkan untuk bobot boleh x?

Hubby : Jangan nak mengada.. Awak tu bukan macam orang lain, asyik sakit jer.. Sebab tu kene jaga diri

Aku : lahh, hubby kan ada, hubby lah jaga bobot.. 

Hubby : Bluerkkkkk...

Aku tersenyum sendirian, dalam bulian dia tetap ada rasa prihatin seorang abang, sama seperti yang aku pernah impikan dulu.. seorang BF yang bukan hanya ada time perlu, tapi juga dia bisa menjadi seorang abang yang prihatin kepada ku.

dah-dah.. rasa macam nak sebak je ni.. haha.. poyos lagi.. ok cau cin cau .. aku pi kijo.. hubby.. u better watch out.. jangan nak nakal2 kat fesbuk.. hehe..

Salam Ahad sayang..salam 1 Malaysia.. motippp..


"Melakukan kesilapan itu manusia dan memaafkan kesilapan itu ialah kemanusiaan."

Selasa, 14 Januari 2014

Masanya sudah tiba

Assalamualaikum



Masa yang dah dinanti telah tiba... yeahh... pejam celik akhirnya.. usia hubungan kiteorang sudah setahun.. Sekejap je masa berlalu.. Masa mula-mula dulu, aku perhatikan je si Fallen Angel kat fesbuk, tapi hari ini, dia adalah sebahagian daripada hidup aku. Apa yang aku buat sekarang, semua nya terkait dengan dia, pelik kan? tapi tu lah hakikatnya.. Aku sayang dia..

Mula-mula dulu, Dia selalu call aku guna maxis.. sejam untuk RM1.. setiap malam dye call aku sejam.. kiteorang borak pasal life dye kat kl.. apa yang dia buat, apa yang dia makan, apa yang dia pakai..tapi bila maxis buat hal dan akhirnya, kami pakai DIGI.. Bila dah pakai DIGI syok sikit, boleh call anytime.. kan ada Easy Prepaid..add je dia dalam buddyz dan gayut r sampai terlelap.. hehe..

Mula-mula dulu, aku tak yakin dengan hubungan jarak jauh ni, tapi aku cuba jugak kapel dengan Fallen Angel.. yelah, setiap orang mesti nak jumpa orang yang dia sayangkan.. tapi sekarang, aku dah ok sikit, aku kene faham lah situasi kan.. tapi Fallen Angel pandai amek hati aku. Dia mintak alamat umah aku, dan dia poskan barang.. Barang pertama aku dapat baju tanpa lengan dengan pendrive 16gig.. dan pendrive tu berisi ehem2.. haha..dan aku balas balik.. kalau nak tengok aku bagi ape? sila klik sini

Mula-mula kerja, aku jauh dengan famili.. selalu teringat kan famili.. Nasib baik Fallen Angel menemankan setiap malam ku.. Abang, adik akan sentiasa ingat semua kenangan ni.. Sayang adik pada abang takkan berubah.. seringkali malamku dihiasi mimpi indah bersama dia.. walau tak pernah bersua, tapi dalam mimpi bertemua jua.. rasa macam taknak bangun dari mimpi tu..hehe

Fallen Angel kreatif sangat, dia pandai melukis, pandai buat Khat, pandai buat poster, pandai menyanyi.. korang pon mesti dah tengok kan lagu-lagu yang diubah.. 150juta kali, I love U, twinkle2, lagu barney n fren, hehe.. kalau ada gitar ni best gak kan hubby.. haha.. demand pulop.. hehe

setahun telah kita berjaya tempuhi nye Hubby.. masih panjang lagi perjalanan kita.. bekalan yang Honey bawak meniti hari-hari seterusnya adalah rasa kasih dan sayang kepada hubby.. Honey tak baik tapi Insha Allah kita sama-sama berubah.. macam hubby selalu tulis,

                            "cinta itu bukan milik kita, tapi kita berhak merasanya"

Sabtu, 4 Januari 2014

Reunion : Sabak Bernam Part 4

Assalamualaikum....

         Wargh.. dah masuk Tahun 2014.. baru terkial-kial nak sambung entri pasal reunion ni.. hari kedua, bangun pagi, aku ikut mak cik homestay tu pi beli sarapan kat pekan kecik area homestay.. maju gak kedai-kedai makan melayu kat situ..ramai yang lepak minum pagi.. tapi sedih, takde coverage maxis kat kawasan tu.. nak anto gambar kat En.Bf pon tak boleh..

         Lepas sarapan, pakcik Homestay bagi kami main kat kolam belakang rumah dye... ada kolam besar, nak mandi-mandi dan bersampan.. kolam kecik skit leyh tangkap ikan keli dalam tu, yang tu memang aku tak masuk lah kan.. sebab aku ni Anti-Keli.. hakhakhak (tiru gelak En.BF)



pukul 10 kami semua check out daripada homestay tu.. Kakak tour Guide bawak kami jalan-jalan pusing Sekinchan dan Kuala Selangor.. Kami singgah kat Kilang Nata De Coco.. 3 balang dapat Rm10 berbaloi lah kan..

ni kilang dye.. kalau sape nak singgah boleh lah yer.. pi beli pi

dalam pukul 12 camtu kami gerak pi carik tempat makan..  si Faiz ni nak rasa mentarang.. beria2 nak makan.. so kakak Tour Guide tu bawak lah kami pi kedai Masakan Mentarang.. Kami order mentarang bakar, mentarang masak lemak dan mentarang kari.. yummy... jemput makan semua..




dap nye mentarang ni.. baru first time makan binatang ni.. haha.. isi banyak jadi tak ler rasa membazir bayar memahal sebab nak makan benda ni kan.. hehe.. Lepas makan, kami singgah di Masri beli kerepek dan terus balik ke Melaka.. sampai kat Melaka kul 8 malam.. omak aihh.. jauh berjalan luas pemandangan..

                  "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"