Selasa, 10 Jun 2014

PJJ

Assalamualaikum, hai awak-awak semua.. semoga sihat dan ceria hendaknya di samping yang tersayang. cewah.. ada ke? hehe.. sejak bercuti ni, rasa macam malas je nak buat benda. cewah.. memang aku malas!! dah selalu kene sound dengan hubby, tapi still masih malas lagi.. tadi petang aku call si Faiz.

Aku : Assalamualaikum, ni bilik mayat Hospital Sultanah Aminah ke?

Faiz : waalaikumsalam, maaf salah, ni rumah mayat orang Asli. Motif!, ko dah kenapa tiba-tiba call aku ni??

Aku : Saje-saje je pakcik oit. tak boleh ke aku nak call ko?

Faiz : boleh je, aku pun tak bizi ni?

Aku : ouh. Ko bila nak balik Melaka lagi ni bai? aku dah macam kutu kematian bini ko tau..

Faiz : Yo lah ko jang, BF ko kan ada. pi lah jumpa dia.

Aku : kiteorang kan PJJ..

Faiz : ye lah PJJ tapi macam mana korang boleh tahan ek walaupun tak jumpa?

Aku : hah, tu lah sebab aku nak call ko.. nak bagi SECRET RECIPE dekat ko ni.. resipi bahagia dengan PJJ (perhubungan jarak jauh)

artikel dipetik daripada Harian Metro 1/11/2013.. which is dah dekat2 dengan bufday aku dan bufday my hubby bunny tahun lepas.

Cinta dan perkahwinan jarak jauh menjadi satu perkara biasa pada zaman ini memandangkan pasangan masing-masing mempunyai komitmen kerja dalam mencari rezeki demi kesejahteraan keluarga.
Cinta jarak jauh semestinya mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sendirian. 
Misalnya pasangan bercinta terdedah kepada pelbagai dugaan khususnya godaan daripada lelaki atau wanita lain. Jika kasih dan kesetiaan tidak teguh, mereka akan terpedaya seterusnya cinta yang dibina boleh putus di tengah jalan. 
Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh? Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Apakah tip bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ini?

Disenaraikan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik.


• Manfaatkan masa yang ada

Cinta jarak jauh ini bukan saja memerlukan kos yang tinggi kerana perlu berulang alik untuk bertemu pasangan masing-masing, tetapi juga kesuntukan masa yang begitu cemburu setiap kali bersama.

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama supaya ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. Elok juga jika anda boleh menyatakan perkara yang mengganggu fikiran, dengan ini sebarang kekusutan boleh dirungkaikan.

*macam aku dan hubby, xdapat nak manfaatkan masa bersama sebab kiteowg tak penah jumpa lagi. hihi. so aku tak nak huraikan tentang bab ni yer 
• Kreatif

Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Banyak aktiviti yang akan meninggalkan kenangan manis kepada anda iaitu memasak dan bersukan.

Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.

Sebagai cara mengambil berat, anda perlu bertanyakan aktiviti harian supaya mereka tidak rasa diri kesunyian dan diambil berat oleh pasangan. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin. 
*aku setuju dengan penulisan ni sebab, tak semestinya dah berjumpa baru nak manja-manja dan caring kan. gunakan lah apps yang ada untuk meningkatkan keghairahan dalam hubungan korang, cewahh ghairah katanya. macam Hubby, dye selalu lukis pic2 yang cute2 dan bagi kat aku. aku pun lukis gak. tapi agak hodoh lah kan. hakhakhak.. 

tak cantik.. tapi nak tunjuk gak, sebagai bukti.. haha.. :P

• Saling percaya

Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya.

Sebagaimana anda mahu pasangan mempercayai anda, begitulah juga dia. Perasaan buruk sangka atau mengandaikan sesuatu tidak pasti perlu dikikis daripada fikiran kerana akan menjadi peluntur kasih sayang.

*pada aku, ini yang paling penting.. sangat-sangat penting. Percaya bulat-bulat pon takpe. jangan ada rasa sangsi dengan kapel korang. tak de untung nye.. korang jauh, jadi tak payah nak negatif thinking sangat lah.. be a 4ve kapel.. Aku jenis yang mudah percaya dan beri kepercayaan kepada orang. bila first time borak dengan hubby, aku percaya dan tak soal banyak dengan kehidupan dia, kalau lagi banyak soalan, lagi banyak benda yang kau akan syak dan wasangka, jadi solution nya BAIK JANGAN TANYA.. hehe..
• Kurangkan masa bertengkar

Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani.

Bukan tidak boleh merajuk kerana ada kalanya ia menjadi pengikat cinta. Namun janganlah terlalu kerap merajuk, bimbang pasangan akan berasa bosan. Malah, jika merajuk usahlah terlalu lama kerana ia hanya akan menjeruk anda berdua dan menghilangkan keindahan perkahwinan. Sebaliknya cuba kenangan indah dalam hubungan jarak jauh.

* dekat part MERAJUK tu selalu kiteorg buat. hahah.. kadang-kadang bila hubby senyap je, tak balas-balas msg bobot, bobot sedey tau.. huhui, pastu merajuk lah seminit. mana boleh merajuk lama-lama, hubby kan ada alasan yang kukuh. contohnya, masa hubby balik somban.. ada plak mamat sorang tu, memang tak dapat ler layan bobot. so bobot boleh paham sayang. tapi SIYES, satu hari kalau hubby tak layan bobot, boleh gila oooo...

• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi

Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik.

Pun begitu, anda dan pasangan mestilah sama-sama berusaha supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia sepanjang hayat.

*ini yang aku lemah.. aku nak sangat-sangat duk serumah dengan hubby. masak dengan hubby, duduk bawah ketiak hubby. tengok movie dengan hubby. hehe.. tu semua masih lagi dalam peringkat angan-angan.. aku masih menanti waktu itu kunjung tiba. hihih..

• Setia

Jika mengharapkan pasangan jujur, maka anda juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan supaya tidak wujud salah faham antara anda dan pasangan. Jika ada yang cuba mendekati, berterus terang bahawa anda sudah menjadi milik orang dan jangan cuba bermain api.

Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi dari insan tersayang.

*dah macam lagu kriss dayanti "COBALAH UNTUK SETIA", haha.. kalau korang nak faham ape tu setia, hah ape lagi, pi bukak lagu kriss dayanti. setakat ini, aku masih setia dengan hubby bunny sorang, kalau member blog tanya, jawapan aku tetap sama, "yer, sebenarnya saya isteri dia", ok maaf macam tergedik je kan.. haha

• Hubungi pasangan apabila rindu

Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang.

Elakkan mengganggu pasangan ketika dia sibuk kerana ia akan memberi tekanan yang mungkin boleh menjadi punca pertengkaran.

* kami selalu call, kalau hari bekerja pukul 5-7ptg dan 9-11mlm, kalau weekend 9-11pg, 2-4, 5-7, 9-11mlm. tapi tak suka r sebab cuti xsama.. sedeyyyyyyhh.. huhu

• Tatap gambar

Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru.

*bab ni, hubby aku liat skit. nak mintak pic dye bukan main susah!!! hehe.. saje r tu nak buat cheq rindu kan dia.. ai lap yu hubby.. haha

• Buat kejutan

Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan.

*hat ni angpa toksah dok kira lah nooo. dah banyak suprise cheq buat bagi kat dia (boleh rujuk entri sebelum2 ni).. hehe.. yang penting balik kepada yang mula-mula tadi KREATIF dan berinovatif tunggak kesejahteraan umat. tetiber. 

• Kirim surat

Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya!
*jangan kata surat, boxer cheq pon cheq ada bagi.. hehe..cheq ada bagi kat hubby  Anime untuk Piyot. mesti setiap malam hubby tatap kan? lalalalaa.. heheh

mintak maaf lah kalau ada yang tak berkenan bila baca entri cheq ni, saja nak tulis apa yang aku suka kerana ini adalah boleh Wings Angel. hehe.. terima kasih kerana sudi membaca. dan saya sayang anda kalau anda meninggalkan komen diruangan yang disediakan. sape komen cheq sayang ang. luaskan kuasamu piyot. tetiber.. ok tu takde kene mengena. lalala

16 ulasan:

  1. satu point lg.. jgn malas2.. bobot ni slalu malas.. malas nak workout.. malas nak berdandan.. malas nak update blog.. tu pon nak hubby die ingatkan.. tsk

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak.. dah kene sound dengan bf.. ok2. jom workout. 1..2...1...2...1...2 hahaha

      Padam
    2. tudia en hubby dia membebel.....

      Padam
    3. nak buat cmne kid, dah bf nak pastikan i ni kekal cantik dan taff.. haha.. xde r kid.. mmg lately aq malas.. and he always keep remind me to take care of myself

      Padam
    4. bagus la tu..saling support each other...aku tertanya-tanya lah...korang ni pernah jumpa ke tak hah????

      Padam
    5. Tu biarlah rahsia kid.. hahaha. Pertemuan yg bisa mengugurkan jiwa.. cewahhh

      Padam
  2. Ohh, baru tau.
    Tapi kalau semua benda ni dah dibuat, tapi still gila mambang gak? Nak buat macam mana?
    Boleh bagi komen sikit?

    BalasPadam
  3. Kalau gila mambang tu bahaya dah rafi. Ang kene jumpa raja bomoh. Hihi.. rasanya korang kene jumpa kot kalau camtu :)

    BalasPadam
  4. Bukan cheq lah. Kawan. Cheq Doktor Cinta. Tapi takde Ph.D lagi ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha, kem salam kat kawan ang tu rafi

      Padam
  5. setuju, cinta jarak jauh perlukan komitmen yang tinggi...
    perasaan saling percaya antara satu sama lain itu harus jitu tanpa sedikit ragu-ragu..

    BalasPadam
  6. Salam ramadhan,

    Sy silent reader tok blog anda dan blog bf anda...Hahahahha...
    terima kasih kerana memberi sumber inspirasi kpd sy utk meneruskan PJJ ini... bnyk input yang anda beri telah saya gunakan untuk meneruskan kelangsungan hub ini
    teruskan menulis dan memberi input dan inspirasi kepada orang lain... tahniah

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ramadhan Azfar..

      terima kasih kerana baca blog kami. saya just share saje, kalau anda terinspirasi baguslah.. jagalah hubungan sebaiknya.. u can do it bro.. teruskan mengomen entri saya ye.. hakhakhak.

      Padam
  7. terima kasih kepada wings angel kerana slalu update info2... mcm pakcik google plak. hehehe... saya ni pembaca tegar blog anda... tapi saya slalu komen... kerap jugak la... hak hak hak

    BalasPadam
    Balasan
    1. motip!!!! haha dah kenapa laki aku ni? haha

      Padam