Sabtu, 23 Ogos 2014

#Malaysiaberkabung

Assalamualaikum



Semalam, 22 Ogos 2014.. Seluruh negara merasai kesedihan dan kehibaan keluarga mangsa nahas MH17. Sewaktu menonton siaran langsung Istiadat Penghormatan Negara kepada mangsa nahas, gugur jua air mata saat melihat tentera mengusung keluar jenazah dari perut pesawat. Satu-satu keranda dibawa masuk ke dalam van jenazah. Selesai semuanya, pengacara meminta semua hadirin berdiri dan membacakan Al-Fatihah. Sayu hati ini mengenangkan bahagianya mangsa menerima jutaan Al-Fatihah seluruh negara yang mendoakan mereka. Semoga Allah merahmati mereka.

Selang beberapa jam kemudian, sewaktu upacara solat jenazah Allahyarham Hakimi dan Allahyarhamah Syazana, terlihat kelibat anak Hakimi, Abderahman.. 


budak sekecil ini tidak menangis sekalipun takut melihat orang ramai. Seolah-olah mengerti dan menghormati majlis solat jenazah ayahandanya. 

Muhkriz menangis di sebelah keranda ibunya 



Namun..


Disebalik istiadat penghormatan ini, Aku sangat kecewa dengan ulasan yang dibuat oleh pengacara Astro AWANI, sape tah nama dia.. Sewaktu siaran langsung kemasukan keranda ke van jenazah, pengacara tu duk sibuk cerita pasal Aset tentera yang digunakan dalam istiadat kali ni, Oh Please lah.. acara siaran langsung kot kau duk cerita benda tak penting. Aku tak dengar pun kau ulas pasal mangsa-mangsa nahas secara menyeluruh.. kau just sebut nama mangsa. 

Berbanding Pengacara TV1 si shahril tu, ceritakan satu-satu latar belakang mangsa. sewaktu keranda Mastura diusung, diceritakan latar belakang mastura. Kemudian diulas mengenai Co Pilot Hakimi dan dibacakan ayat Quran bagi menguatkan skrip dia. Itu baru pengacara yang baik sewaktu mengulas acara siaran langsung. 

Maaf terlalu emosi tetapi ini ialah hari #MalaysiaBerkabung dan kita tidak perlu mengulas tentang aset-aset yang digunakan. Mungkin boleh di'highlight'kan nanti jer.

This is #WingsAngel sign out

Jumaat, 15 Ogos 2014

Memasak Katanya

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya.. tetiber..

Hari Selasa yang lepas, aku pergi Giant Bukit Indah nak cari makanan nak buat potluck kononnya, tapi makanan frozen kat sana tak best plak. Baru plan nak buat ala-ala steamboat.. main celop-celop.. last-last pusing satu giant usha2 barang lain. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku..

1 set Carbon Steel Cookware RM45.00 je..

hmm macam murah je, dah lah dapur kat rumah tak pernah berasap. So aku pakat dengan sorang housmate nak kongsi-kongsi beli periuk tu.. ok what, Rm45 dapat 5 biji periuk.. berbaloi lah untuk orang bujang kan.. bukan nak masak ape sangat pun kan.

then beli juga bawang putih bawang merah sayur dan beras haha.. semuanya rm85... kalau Emak tau ni mesti dye tanya "Apsal belanja kasau sangat ni?, haha...


Semalam

Aku : hubby : nak masak nasi goreng sardin kene tumis bawang tak?

Hubby : amboi, rajin jerk

Aku : Sardin ada lebih semalam, tu yang nak tanya. Kene tumis bawang ke?

Hubby : taklah. watpe? kan dah letak bawang...

Aku : oh..baik bos

dan aku gigihlah memasak.. haha, macam lah susah kan masak nasi goreng sardin.. lalal


Hubby : wahhhh, resepi baru telah lahir harini..

Aku : hahah, kannn, Malu kita

Hubby : Nasi Goreng Sardinnicaragua.. 

Aku : hahahaaa... sedap pulak nama tu.. 


bukan nak up diri, tapi housemate aku tambah tiga kali kot.. haha..
.

*lepas ni Encik Hubby dah ada pesaing ok.. saya telah kembali ke arena pemasakan.. lalalala..