Memaparkan catatan dengan label main wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label main wayang. Papar semua catatan

Khamis, 10 Oktober 2013

dalam wayang ada 3 orang je :)

Assalamualaikum

Semalam aku tengok wayang.Lepas keje

Aku plan nak tengok KL Gengster 2.. Aku roger hosmate aku suruh tunggu kat wayang Plaza T S pukul 4 petang. Abes je keja, aku bawak muharam pi Plaza T. Aku panjat Plaza T dengan harapan, ade lagi lah tiket citer KLG2 tu..

sampai je kaunter tiket


Aku : Dik, citer KLG2 ada seat kosong lagi tak?

Budak Kaunter : Abang nak tengok citer pe?

Aku : KL Gengster 2 ada kosong lagi x?

Budak Kaunter : Semua kosong lagi bang.. nak tengok berapa orang?

Aku : Nak tgk 3 orang

Budak Kaunter : Macam ni lah bang, datang balik pukul 5.20 ek, ti kalo ada 5 orang, kita akan tayangkan

Aku : prftttttt



pukul 5.20

member aku dah tak boleh sabar, dye gertak budak tu, suruh tayangkan gak.. budak tu angkat phone, macam mintak kebenaran.. pastu dye dengan muka yang sedikit hampa, dan berkata

"ok bang..boleh tengok, satu seat RM7.."

Oyeahh, kiteowg tengok ber3 je dalam panggung wayang yang besaq tu.. omakaih, best giler.. haha.. rasa macam selebriti hollywood yang ada panggung wayang sendiri haha...tengok plak citer aksi.. perghh best!!!!




5 Sebab kenapa korang kene tengok KLG2

1. filem yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia

2. Jalan cerita yang simple dan senang faham bagi aku, kalau siapa yang belum tengok KLG1, tapi dia nak tgk KLG 2 tak ade masalah, sebab penonton boleh faham jalan cerita tu dengan sendirinya..

3. Samsul Yusof mengangkat nilai kekeluargaan dalam cerita ni, dari penyesalan seorang emak, tanggungjawab Malik dalam keluarga, dan akhirnya Beban yang Jai kene tanggung, semuanya diolah dengan baik.

4. Watak yang gempak2.. daripada watak Malik, Shark, Jai, Tailong, Ajib, Dragon, semua ada kesinambungan. Semua ada kekuatan dari segi penceritaannya.. watak Tailong yang pailang giler..memang menjadi, Rosyam Nor bawak watak tu best.. memang jahat nak mam*** hehe

5. Scene aksi yang tak mengecewakan.. skill fighting yang pelbagai.. ada scene terbalikkan kereta polis.. pergh.... terbaek r.. puas ati r tengok citer ni..


*ti kalau hubby itew mai, itew pi sini je r.. tak ramai orang haha..

Ahad, 19 Mei 2013

HUJUNG MINGGU : tengok wayang dengan Encik BF

ASSALAMUALAIKUM

semalam hari yang meletihkan

7.00 pagi : pergi kerja

3.00 petang : cari barang konvo aku

6.00 petang : temankan member kat Umobile

malam baru lah dapat manja-manja dengan Encik Bf...
(ceyh padahal, setiap hari mintak manja2 dengan my honey nie)
muahhhh....sayang dia erat-erat...

semalam adalah Movie Night.. giliran aku plak pilih cerita..

yeahhh.. 

dan aku telah memilih..



ceritera



cerita ni agak panjang.. 2jam 50 minit.. dekat 3jam ooo.. kesian Encik Bf kene layan aku..
cerita yang sangat cute antara MEW dan TONG... lagi2 masa Tong bagi ketiak dye untuk jadikan tempat Mew landing.. argghh sweet giler.. 

tyme ni r leyh ngendeng kat my honey mintak ketiak.. haha.. oopsss cencored.. hehe



tak dinafikan tengok citer romantik boleh buatkan kita leyh open untuk menjadi romantik.. kan sayang..

Macam Tong hadiahkan Mew patung kayu nie..


dia buat ala-ala mencari harta karun.. 

dan part yang paling tacing sekali 

bila Tong cakap

"i cant be ur boipren, but it doesn't mean that i dont love u"

dan Mew nangis sensorang kat dalam bilik.... arghhh..

terus rasa nak peluk my honey.. tetiba.. haha



the love of Siam

Rabu, 27 Mac 2013

Wicked Witch



Aku : Abang..Adik nak pi tengok wayang ek..

Abang : adik tengok citer pe??

Aku : OZ The Great and Powerful

Petang tadi aku tengok movie ni dengan adik-adik aku.. beratur punyer lah panjang dekat GSC Jusco Bandar Melaka, akhirnya dapat juga beli tiket citer ni..

citernya bermula apabila Oz lari daripada orang yang nak pukul dia.. akhirnya dia terdampar di sebuah tempat yang dipanggil "The Land of Oz" di mana Wizard dan Witch memerintah kerajaan tu.. kat situ Oz berjumpa dengan adik beradik Evanora dan Theradora dan kemudiannya bertemu dengan Gladia dan klimaks citer ni tak menghampakan dengan kita dapat lihat macam mana Oz guna trick dye untuk melawan Wicked Witch.. dan kita dapat lihat macam mana terjadinya Ahli sihir yang Hodoh berdasarkan fantasi cerita ni.. kalo nak bawak budak-budak kecik aku rasa boleh je.. sebab jalan cerita mudah dan x memberatkan untuk budak-budak nak faham.. 

overall aku bagi **** bintang.. hehe.

#xsabaq nak tengok wayang dengan En.BF