Memaparkan catatan dengan label almari akmal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label almari akmal. Papar semua catatan

Selasa, 27 Ogos 2013

..Hantaran..

Assalamualaikum


           Semalam aku khusyuk membaca blog my hubby.. tengok balik cerita-cerita yang kiteorang penah nukilkan dalam blog masing-masing.. blog my hubby rating nye tinggi.. ramai je orang baca.. sebab mamat ni pandai menulis dan buat ayat.. aku menulis jenis str8 forward mybe sebab dulu aku str8 kot.. tetiber.

         Dalam banyak-banyak entri.. Entri yang paling aku ingat ialah entri pasal boxer aku.. ceyh.. malu ceq.. memang r malu, boxer aku xcantik..LOL.. pastu aku ingat balik macam mana mulanya kiteorg bertukar-tukar barang. Semuanya bermula daripada my Incik Botaf, dia yang bagi pendrive tu.. jadi.. aku simpulkan semua barang-barang yang kiteorang hantarkan ini dalam satu  entri.. Yang mana semuanya bermula dengan sebuah Pendrive..


       Ibaratkan semua barang-barang ni sebagaikan hantaran perkahwinan.. cewahh berangan lah!!! hehe.. ape salahnya berangan.. kan hubby kan kan kan..


Hantaran Hubby


Dulang 1 : Pendrive (berisi movie) dan sehelai baju tanpa lengan                       'NATURE'

Dulang 2 : Satu Kotak barang ehem-ehem (klik sini)

Dulang 3 : Sehelai baju kapel dan Sehelai Kemeja Pink berTali                               leher (klik sini)

Dulang 4 : Sebuah Frame, 2 Paket Hersheys Kisses, Minyak                                  Wangi klik sini


pendrive tu memang aku tak guna untuk benda lain..
baju tu memang tyme workout je aku gunakan
baju kapel tu tyme aku keluar pi jalan akan aku pakai
baju kemeja tu setiap minggu aku pakai
frame tu aku letakkan di meja
Hersheys tu tiap-tiap hari aku makan
Minyak wangi tu tyme nak tido baru aku sembur kat bantal


Hantaran Honey


Dulang 1 :  Seluar 3 quater dan komik 'Anime untuk Piyot 

Dulang 2 :  Boxer dan Buku resepi (klik sini)

Dulang 3 : Baju Tshirt dan komik 'Anime untuk Piyot ep2 '

Dulang 4 : Satu Tshirt yang aku pakai dan satu Tshirt Kapel
                  (klik sini)



aku mampu bagi yang ini saja untuk my Hubby.. aku harap dia tak kisah dengan pemberian tak seberapa aku.. tunggu naik gaji yer sayang.. ti kita pakai Note2

oopss lupa plak.. dulang hantaran ni tak cukup lagi.. ada lagi yang barang hantaran tak dihantar lagi.. kene tunggu kiteorang cari barang hantaran sesama lah baru boleh update



* lappy aku asyik2 terpadam.. tadi aku pi tukaq power supplier.. harap mampu bertahan lah..
kesian my hubby, tak dapat nak call petang tadi.. sayang, malam nanti call yer.. takmo merajuk lah sayang.. 

Honey sayang Hubby sangat-sangat..

Ahad, 25 Ogos 2013

pi tukaq cepat!!

Assalamualaikum


Aku : (mengsend pi ke wassap Incik Botaf)


Hubby : Oit pi tuko baju....naek bebulu tgk baju tu...

haha.. hari ini rumah aku buat open house kecil-kecilan je..jemputan member satu kolej dan tempat keje.. tapi aku xdapat layan sangat sebab dah berjangkit demam dengan Incik Botaf.. so tolong-tolong mana yang mampu ler.

Housmate aku masak rendang, nasi impit, mee hoon, kuah kacang, tembikai, dan air.. Aku mandi capai baju dan terus tolong susun makanan.. pastu antaq pic kat Incik Botaf.. pastu dye komen, pakai baju tu lagi.. Ya Allah baru aku sedar, aku pakai baju jersi Malaysia ni.. ceytt.. mampus kene kutuk dengan Incik BF..

so kat sini aku dah reka dua alasan nak bagi dekat Incik BotaF..




Alasan Pertama

Ini kan bulan kemerdekaan.. so sebagai anak jati Malaysia yang mencintai negara yang aman dan makmur maka saya dengan berbesar hati memakai baju ini di rumah.. Nampak tak ada bendera Malaysia tu.. hehe.. kita kene kibarkan jalur gemilang tetiber..

Alasan Kedua

Incik BotaF kan suka warna Kuning.. so saya sekali lagi berbesar hati sebagai Kapel Incik Botaf memakai baju warna kegemaran BF saya di majlis open house... hehe tapi harini je K.. Majlis Perkahwinan tetap tema hitam putih.. lalalala...




so tamat lah open house hari ini dengan kemeriahannya kengkonon... haha..





esok last puasa 6. puasa dengan Incik BotaF.. harap2 dapat bertahan dalam demam2 ni.. 

Incik Botaf!! sila kejutkan saya esok sahur yer!! hehe..muahhh 

love u Hubby..

Selasa, 4 Jun 2013

Lappy ku problem sudah

Assalamualaikum

        Tadi Encik Bf call waktu makan tengahari.. selalu my hubby call waktu malam je, nak je aku cakap kat my hubby.. HUBBY BEE, rindunya kat hubby....... nak kiss nak kiss nak kiss.. oopsss tu citer dalam kelambu.. hehe.. kiteorang borak pasal lappy.. dalam seminggu nie adapter lappy aku cepat panas, dan terpadam terus lappy aku.. 

      Pagi tadi aku pergi ke kedai komputer, bawak lappy skali.. brader tu cek, dia 'agak' kene tukaq adapter, dia tanya aku, bape lama dah pakai adapter nie, aku cakap sejak beli ler bro, tahu 2008.. dah 5 tahun dah.. aku tanya kat brade tu, kalo nak beli, bape ang nak jual? RM70 dia kata. Aku tanya kat Encik Bf, encik bf kata kat KL rm50 pon dapat dah.. so tengah berkira-kira sekarang, nak beli ke tak nak.. haha (aku berkira sangat dalam hal-hal duit nie..)

kat sini aku nak share kan cara penjagaan lappy yang aku culik dari website :D

cara jaga lappy



Penggunaan komputer riba atau laptop adalah trend masa kini. Mudah dibawa serta menampilkan gaya eksklusif. Biar pun telah lama digunakan dengan penjagaan yang sempurna ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka hayat penggunaannya. Ikutilah beberapa tip cara penjagaan komputer riba anda.

1.Bateri

* Elakkan daripada penggunaan bateri.
* Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
* Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.
* Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula.
* Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.

2. Papan Kekunci.

* Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk.
* Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak.
* Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.

3. Skrin LCD

* Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan screen saver.
* Power management setkan pada 'Turn Off monitor in ... minutes'.
* Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
* Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan 'Dead pixel'.

4. Haba Panas

* Pasikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas.
* Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.

5. Surge Protector

* Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
* Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
* Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
* Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.

6. Port

* Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
* Gunakan berus atau berus gigi lama.

* Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan.

Khamis, 6 Disember 2012

TopMAn Shirt

assalamualaikum..

Harini just nak share kan baju yang pernah diberikan oleh someone yang pernah menjadi teman hidup aku. aku pakai dan simpan elok-elok baju nie..orang kata, dalam kapel, jangan bagi baju kepada kapel korang, nanti hubungan tu tak kekal lama..hmm ntah r.. aku dengar je daripada mulut orang, dan aku dah hadapi benda nie..


#aku ada juga sehelai seluar askar yang diberikan oleh seorang abang masa aku duduk kat kedah.. tapi masih dok carik lagi seluar tu, maybe dalam timbunan pakaian yang berlambak dalam almari tu..hee