Jumaat, 21 Jun 2013

World War Z Review

Assalamualaikum

Aku : Hubby, member ajak berbuka kat luar, pastu nak tengok wayang, boleh tak sayang?

Abang : Yeah.. nak tengok citer ape?

Aku : World War Z... Kat U Mall  :D Thanx Hubby.. Love U..




              Semalam, lepas berbuka puasa kat kedai Mamak, aku pun pi r tengok wayang citer World War Z.. haritu pernah tengok iklan movie ni kat wayang.. nampak macam gempak.. so bila member dah ajak, xde pikir2 lagi dah. terus setuju.. Masuk je dalam wayang.. iklan movie coming soon pun keluar.. ada dua movie bergenre sains fiksyen memang feveret r..boleh r aku tengok nanti.. 

             Penceritaan dimulakan dengan Gerry (Brad Pitt) seorang bekas utusan khas PBB ke wilayah bergolak. Tugas dia lebih kepada penyiasatan. disebabkan dia sayang kepada keluarganya, dia berhenti keja dan duduk dengan isteri dan 2 orang anak perempuan. Tak perlu tunggu panjang, mula-mula cerita je dah ada aksi.. memang best, adegan macam mana virus Zeke terus menyerang manusia, dan dari sini kita dapat melihat perkembangan watak Gerry yang digambarkan sebagai seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. 


           Adegan di mana, mereka terpaksa mempertahankan diri menampakkan bahawa Gerry ini sangat biasa dengan situasi tegang.. Dia sangat tenang dan Isteri nya juga memainkan peranan besar dalam perkembangan cerita ni, tak macam citer melayu, watak perempuan sikit2 terjerit2 bila dalam situasi tegang,macam r perempuan melayu ni lemah sangat.


           Konflik cerita ni bermula apabila Thiery (naib setiausaha PBB) meminta Gerry menemani Doc Fasbach untk mencari punca wabak Zeke ni, tempat pertama mereka pergi ke Kem tahanan di Korea, tempat bermulanya wabak itu, kemudian mereka ke Israel. Nampak sangat cerita ini nak menunjukkan kebaikan Israel, konon-konon mereka dah buat tembok tinggi untuk menghalang wabak itu menular dan sisi baik Israel cuba ditonjolkan dengan adegan pelarian yang terselamat dibawa masuk ke Israel untuk diberikan pelindungan daripada wabak tu. 


            Klimaks cerita ini, apabila Gerry terpaksa korban kan diri dia untuk menjadi bahan uji kaji demi untuk mencari jalan bagaimana nak mengatasi masalah wabak ni daripada terus menular.. dan diakhir cerita ditunjukkan kepupusan populasi manusia yang teruk sehingga tak ramai yang tinggal lagi. 


              Pada aku, Brad Pitt berjaya melakonkan watak ni dengan baik. Aku percaya dia seorang Penyiasat PBB kerana dalam cerita ini, dia seorang pemerhati yang baik dan dia dapat relate kan semua situasi untuk mencari jalan keluar.. bak kata omputeh Think Fast, Act Fast.. ade ke omputeh cakap camtu.. lagi satu dia ditonjolkan watak seorang ayah dan suami yang sangat caring.. apa-apa pun bagi Gerry, Family come first.


Pada korang yang belum tengok lagi, boleh lah ajak kawan-kawan korang tengok.. terbaik.. aku bagi 4 bintang, Movie ni memang best, lagi best daripada mana-mana cerita melayu.. aku bukan tak sokong cite melayu tapi aku suka donlod citer melayu sebab boleh tengok banyak kali LOL

4 ulasan:

  1. tunggu kluo kt torrent jer sayang... nanti abg download...

    BalasPadam
  2. aehh, sokonglah industri perfileman haha

    BalasPadam
  3. Some suggestion, kalau u minat tgk citer2 bergenre macam nie, aper kater u tgk tv series 'The Walking Dead' jugak...best gak siri tue...

    BalasPadam
  4. oh.. thanx amir.. citer zombie gak ek? suka bila orang puteh buat cerita pasal bencana alam, kiamat, undead.. :D

    BalasPadam