Ahad, 16 Jun 2013

Entri Couple : Kunci itu padaku

      Assalamulaikum.. cuti-cuti ni korang buat pe? lepaking? shopping? dating? apa pun korang buat cuti hujung minggu ni, aku doakan supaya korang sentiasa selamat dan bahagia.. Korang dah baca tak entri my Encik BF pasal cara nak jaga hubungan? ape.. ade yang belum baca? hah, kepada awak-awak yang belum baca tu meh klik link ni blog my encik BF ... sila baca dulu kasi paham :)

     Ok.. dah baca kan.. kalo dah baca, meh sini baca plak tulisan aku hari ini. Dah masuk lima bulan dah hubungan aku dan Encik BF..  Aku sayangkan dia ikhlas. Dan dia juga membalasnya dengan ikhlas. Semua ini takkan terjadi kalau aku bertepuk sebelah tangan kan. Dan bila dibalas dengan baik wajarlah aku hargai apa yang telah aku miliki dengan dia selama ini..




Encik Bf senaraikan lima kunci untuk menjaga hubungan. aku nak tambah sikit lagi cara yang aku fikirkan sesuai untuk orang macam kita menjaga hubungan dengan pasangan masing-masing

1. Kreatrif

        Bagi yang mula-mula berkapel.. mesti rasa macam diawang-awangan kan. mesti korang rasa dunia ni korang dan kapel korang yang punyer. Kalo boleh nak bagi tau satu dunia yang si dia tu kapel korang kan.. haha, sama lah aku pun macam tu juga. tapi orang macam kita mana ada keistimewaan tu kan. Rugi ke kita? tak juga, sebab apa yang penting, kita kena kreatif dalam hubungan. 3 bulan pertama memang korang akan rasa bahagia, kemudian muncul lah rasa tak puas hati itu dan ini, bergaduh berkali-kali, akhirnya di atas katil yang dapat memujuk korang kan. haha..

      So macam mana nak kekalkan momentum kebahagian tu? Aku cadangkan, korang banyakkan membaca dan tengok movie orang macam kita.Sekurang-kurangnya kita boleh belajar sesuatu dari movie dan novel PLU tu kan. Sebagai contoh, movie Permenent Recident, macam mana watak dalam cerita tu duduk dalam rumah yang sama tetapi ada satu peraturan yang mereka kene ikut. Nak tau peraturan apa, korang pi download cepat cerita tu :D

2. Kejutan

        Tips yang kedua, korang buatlah suprise kepada pasangan masing-masing. Sebagai contoh, bagilah hadiah ke, buat makan-makan ke, pi melancong ke. Semua orang sukakan kejutan kan, siapa yang tak suka bila dapat hadiahkan? bila bf korang penat bekerja, mesti korang nak buat sesuatu untuk merekakan. Jadi, suntikkan elemen suprise dalam perancangan korang, for sure pasangan korang dapat terima dengan hati yang berbunga-bunga.

      Aku ambil contoh dalam cerita di sisi gelapku by khuzairi, watak utama dia bawak pasangan dia pi pantai, have sometime there dan hadiahkan rantai dan phone. Aku percaya bukan itu yang diminta oleh pasangannya tapi itu cara watak utama itu menghargai cinta dan kasih sayang pasangan dia kan.

3. Kefahaman

      Tips yang ketiga ini penting. fasa 3 bulan pertama tu, tolong lah ambil masa untuk korang belajar untuk memahami pasangan korang. Cuba korang buat trivia kat pasangan korang. tanya dia apa yang korang suka dan tak suka. Kalau depa ingat baguslah, kalau belum, pelis bimbing r dye, dan korang pun kena ingat apa yang pasangan korang suka dan tak suka. Untuk jangka masa panjang, perbuatan korang akan dinilai dan kalau ade yang tak kena, masa tu mula lah nak merajuk dan sesi pujuk memujuk bermula.

    Seronokkan berkapel, bila ada yang menyayangi dan mencintai kita seadanya. Bila ada yang paham keadaan kita hari tu, mesti kita takkan cepat panas hati kerana si dia tau macam mana nak handle perasan kita yang kelam kabut hari tu :D apa-apa pun ni cuma cadangan aku je, aku cuma budak yang masih banyak benda untuk dipelajari. Kalau tak puas hati, boleh komen kat sini, dan tolong betulkan kalau aku silap.

Macam Encik BF selalu kata,

Cinta itu bukan milik kita
tapi
Kita berhak merasainya 

9 ulasan: