Rabu, 26 Disember 2012

TDJM part 2


MAULANA

“weyh mangkuk, jaga r bola betul-betul..kang x pasal-pasal aku debik gak muka kau!!”, bentak Maulana.. Mamat nie memang panas baran..hari tu dia dah debik sorang senior form 6 sebab kacau diowg training hoki.. sampai senior tu mengadu kat Cikgu Hamid..tapi sebab Maulana ini kaki klentong..lepas r dia..x kena ape-ape tindakan langsung..aku perasan Senior tengok Maulana macam palat je..Maulana ni anak  bongsu Dato Ghafar, bapak dia seorang ahli perniagaan yang ada syarikat besar di Ayer Keroh.

Malam sabtu selepas tasmik dengan budak junior form 1 dan form 2, Rahim si Ketua Pengawas memanggil untuk bermesyuarat.. “ subuh esok lepas semayang, kita gi buat spotcheck.. Kamal, dhuan, sunoy korang jaga kat surau nie, jangan bagi diowg balik asrama lagi.. aku dah mintak kebenaran Cikgu Zamri”, jelas terserlah ciri kepimpinan Rahim.. Pengawas form 5 akan check block B, pengawas-pengawas lain check block A dan C. Blok A adalah dorm budak-budak pandai kat sekolah ***** Blok B tempat budak-budak yang bermasalah selalu berkumpul. Warden memang sengaja letakkan budak-budak macam tu di blok B supaya senang nak buat tindakan, dah kira macam hot spot r blok B tu. Block C dorm budak-budak junior..setiap satu dorm memang akan ada sorang pengawas yang duduk di situ. 

“weyh man, kau ngn aku je r check dorm B3 tu, tak payah r ramai-ramai.. buat semak je”, Maulana berbisik kat aku waktu beratur untuk minum malam.. dan aku Cuma mengangguk saje, letih nau ragging budak-budak form 1..doa keluar tandas pon benak nak hafal...

“Assalamualaikum wbt, yang dihormati warden, barisan MT dan semua pelajar ******, pada pagi ini kami akan adakan spotcheck, jadi saya minta anda semua duduk di dalam surau ni dan pengawas yang bertugas akan check kedatangan anda semua sebentar lagi”, Rahim bersuara.. selepas je solat, Maulana ajak aku terus ke block B. “Mau, aku dengar budak-budak blok B banyak simpan komik kat bawah tilam..pergh,bertambah lagi r koleksi komik aku”, aku bersuara... “cop, kau nak amek komik pe aku tak kisah, tapi Kreko aku punye”, Maulana tersengih.. “anak haroon r kau, aku pun nak gak..dah r mahal dowh kreko tu..nak pinjam sunoy?? Memang kedek r mamat tu..”, aku membebel sensorang.. 

lampu dorm B3 aku bukak.. “man, kau cek sebelah kanan..aku cek katil-katil sebelah kiri”, Maulana memberi cadangan. “ok”, kataku.. memang betul tekaan aku.. banyak komik Gempak, Ujang, Gila-gila dan Kreko.. “Mau, banyak tak ko dapat??” tanyaku.. “aku dapat rokok Pallmall satu kotak je..gitar satu”, sambil Maulana mengoreng gitar lagu Jesnita.. “weyh, gitar takyah amek r..kita buat tak nampak je r”, aku takmo panjang-panjangkan hal ni.. “man, ko nampak tak ape aku nampak”, Maulana bersuara. Kami memandang ke arah siling dorm, ada lubang sebesar lengan. Maulana memanjat katil double decker dan menyeluk tangan ke dalam lubang.. “man, aku rasa kita dah dapat dah ape yang kita carik selama ini..” Maulana tersenyum puas sambil mengeluarkan CD daripada lubang tu..lebih daripada 5 keping CD yang dia bawak keluar... dan CD itu......

1 ulasan: