Assalamualaikum..
Setelah lebih setahun aku berehat daripada blog yang lepas..sampai aku terlupa pasword dan URL blog aku sendiri.. Terlalu banyak dan terlalu cepat pengalaman yang aku dapat dan mungkin aku akan kongsikan di sini.
Menanti Waktu Itu (MWI) saja aku bangunkan kerana setiap orang tak kira manusia biasa atau manusia macam aku akan menanti waktu yang sesuai untuk diri ini melakukan penghijrahan mahupun perubahan. perubahan yang baik, memang akan aku nantikan..
Dalam masa setahun nie, sedang aku menghabiskan pengajian aku di kolej, aku dah berjumpa dengan ramai jenis manusia dan aku sangat bersyukur, perjumpaan aku dengan mereka-mereka ini semua telah mematangkan aku, dan aku menanam azam untuk menjadi seperti mereka semua, berjaya dalam kerjaya dan kehidupan.
Sudah merata semenanjung aku jelajahi dan aku telusuri, betul kata orang "Jauh perjalanan luas pemandangan dan murah makanan" Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersama dengan korang semua, tapi bersabar lah..insha ALLAH aku akan rajin menulis lepas nie.. hehe.. tapi sebelum tu.. aku nak wish Selamat Pengantin Baru kepada John Melvin dan juga kepada member-member blogger yang lain, aku harap korang semua sihat walafiat.
perjalanan aku ke kota besar akan aku cerita kan nanti :)
insha ALLAH.. aku blah dulu.. nak perbaik dak ijau :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan