Assalamualaikum,
Kali ini saya ingin
berkongsi pengalaman mengenai enjin 'makan' minyak hitam. Sekiranya anda berada di dalam situasi yang mana
setiap minggu terpaksa menambah minyak hitam atau kereta anda mengalami
pengurangan minyak hitam setiap kali diperiksa. Apa yang perlu dibuat ?
Kalau pergi ke bengkel, biasanya mekanik akan
suruh kita buat 'top overhaul' yang mana belanjanya mungkin melebihi RM500. Ada
juga kebenaran kata-kata mekanik tersebut tetapi hanya dia yang tahu kenapa dia
berkata demikian kerana jika kita diminta buat top overhaul bermakna enjin kita
sudah berada dalam keadaan tenat. Bagaimanapun di ruangan ini saya akan
berkongsi pengalaman tentang kenapa pengurangan minyak hitam boleh berlaku,
bagaimana untuk mengelakkannya daripada berlaku dan apa yang perlu dibuat jika
sudah berlaku.
Kita dapati setiap
pagi ada minyak hitam di atas lantai bawah kereta kita, ini bermakna ada
kebocoran di enjin kereta kita. Kita tak akan dapat memastikan perkara itu
dengan hanya menjenguk ke bawah enjin. Perkara pertama yang perlu kita buat,
pergi ke kedai mencuci enjin, cuci semua bahagian bawah enjin dengan
menggunakan sejenis chemical sehingga betul-betul bersih, kemudian gunakan
kereta seperti biasa. Selepas sehari, pergi ke bengkel dan angkat kereta, kita
akan dapat lihat di mana kebocoran itu berlaku. Biasanya ada tiga tempat di
mana kebocoran berlaku i.e. di penyambung drive shaft, di penyambung gear box
atau di oil sum gasket. Keadaan ini tidak berapa kritikal berbanding dengan
keadaan satu di atas dan kita cuma perlu membaikinya jika kita terpaksa menukar
clucth plate, timing belt, drive shaft atau peralatan yang lebih major. Keadaan
ini berlaku kerana penggunaan minyak enjin yang tidak sesuai, enjin terlalu
panas, semasa menukar peralatan yang berkaitan, oil seal tidak ditukar bersama
(seperti timing belt, jika ditukar, eloklah ditukar sekali kesemua oil seal
kerana jika bocor, minyak akan terkena belt dan bila-bila masa belt akan putus)
#masa awal-awal beli muharam, saya dapati ada kebocoran di bahagian bawah kereta. saya buat keputusan untuk pergi ke bengkel dan minta brader tu cuci enjin dan chek sambungan yang terdapat antara tank ke bahagian-bahagian lain dalam kereta.. Alhamdulillah, Muharam dah tak bocor lagi..cuma skang setiap bulan akan bubuh minyak hitam sebab berkurangan je hehe..
harap info kereta hari ni boleh membantu kita semua
InsyaAllah....terima kasih dgn info berguna ini...teruskan lagi yer...=)
BalasPadam