Khamis, 13 Disember 2012

Gelanggang Pantun

 tiba-tiba tangan ni gatal nak berpantun..dan akhirnya jumpa gak koleksi pantun yang best..ehehe..pantun-rahsiakita


bunga melati hiasan juadah
buat hidangan juragan tua
bila hati dilanda gundah
ke mana hati hendak kubawa

ada teratak di seri alam
ada beringin tegak berdiri
bayu tidak menyampaikan salam
daku yang dingin resah sendiri

sudah selalu hujan gerimis
mencari merbah sampai ke desa
teringat daku kenangan manis
sesak jiwaku mengepung rasa

angin menderu daun selisih
bunyi berderai berhenti kaku
kubiar rindu mendakap kasih
menjalar teguh dalam jiwaku

sarung sunda corak beribu
titipan indah dari penghulu
gurau senda mengusik kalbu
namun gundahku tiada berlalu

jatuh melayang ditapak tangan
daun senduduk terus layuan
insan tersayang hanya bayangan
daku si pungguk rindukan bulan

bahagi bubur sama rata
dimakan dengan telur puyuh
hendak tidur tidur lah mata
usah di kenang orang yg jauh

padi huma padi malinja
sudah timbang habis disukat
jika kanda ingin bermanja
silakah kemari datang mendekat

sudah manis kuih baulu
jangan pula bersira madu
bila dekat terasa malu
bila jauh mula merindu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan