MAULANA
“weyh mangkuk, jaga r bola betul-betul..kang x pasal-pasal aku debik gak
muka kau!!”, bentak Maulana.. Mamat nie memang panas baran..hari tu dia dah
debik sorang senior form 6 sebab kacau diowg training hoki.. sampai senior tu
mengadu kat Cikgu Hamid..tapi sebab Maulana ini kaki klentong..lepas r dia..x
kena ape-ape tindakan langsung..aku perasan Senior tengok Maulana macam palat
je..Maulana ni anak bongsu Dato Ghafar,
bapak dia seorang ahli perniagaan yang ada syarikat besar di Ayer Keroh.
Malam sabtu selepas tasmik dengan budak junior form 1 dan form 2, Rahim si
Ketua Pengawas memanggil untuk bermesyuarat.. “ subuh esok lepas semayang, kita
gi buat spotcheck.. Kamal, dhuan, sunoy korang jaga kat surau nie, jangan bagi
diowg balik asrama lagi.. aku dah mintak kebenaran Cikgu Zamri”, jelas
terserlah ciri kepimpinan Rahim.. Pengawas form 5 akan check block B, pengawas-pengawas
lain check block A dan C. Blok A adalah dorm budak-budak pandai kat sekolah
***** Blok B tempat budak-budak yang bermasalah selalu berkumpul. Warden memang
sengaja letakkan budak-budak macam tu di blok B supaya senang nak buat
tindakan, dah kira macam hot spot r blok B tu. Block C dorm budak-budak
junior..setiap satu dorm memang akan ada sorang pengawas yang duduk di situ.
“weyh man, kau ngn aku je r check dorm B3 tu, tak payah r ramai-ramai..
buat semak je”, Maulana berbisik kat aku waktu beratur untuk minum malam.. dan
aku Cuma mengangguk saje, letih nau ragging budak-budak form 1..doa keluar
tandas pon benak nak hafal...
“Assalamualaikum wbt, yang dihormati warden, barisan MT dan semua pelajar
******, pada pagi ini kami akan adakan spotcheck, jadi saya minta anda semua
duduk di dalam surau ni dan pengawas yang bertugas akan check kedatangan anda
semua sebentar lagi”, Rahim bersuara.. selepas je solat, Maulana ajak aku terus
ke block B. “Mau, aku dengar budak-budak blok B banyak simpan komik kat bawah
tilam..pergh,bertambah lagi r koleksi komik aku”, aku bersuara... “cop, kau nak
amek komik pe aku tak kisah, tapi Kreko aku punye”, Maulana tersengih.. “anak
haroon r kau, aku pun nak gak..dah r mahal dowh kreko tu..nak pinjam sunoy?? Memang
kedek r mamat tu..”, aku membebel sensorang..
lampu dorm B3 aku bukak.. “man,
kau cek sebelah kanan..aku cek katil-katil sebelah kiri”, Maulana memberi
cadangan. “ok”, kataku.. memang betul tekaan aku.. banyak komik Gempak, Ujang,
Gila-gila dan Kreko.. “Mau, banyak tak ko dapat??” tanyaku.. “aku dapat rokok
Pallmall satu kotak je..gitar satu”, sambil Maulana mengoreng gitar lagu
Jesnita.. “weyh, gitar takyah amek r..kita buat tak nampak je r”, aku takmo
panjang-panjangkan hal ni.. “man, ko nampak tak ape aku nampak”, Maulana
bersuara. Kami memandang ke arah siling dorm, ada lubang sebesar lengan.
Maulana memanjat katil double decker dan menyeluk tangan ke dalam lubang.. “man,
aku rasa kita dah dapat dah ape yang kita carik selama ini..” Maulana tersenyum
puas sambil mengeluarkan CD daripada lubang tu..lebih daripada 5 keping CD yang
dia bawak keluar... dan CD itu......
mana part 1 ?
BalasPadam