Selasa, 28 Mei 2013

bongsu dah keluar


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah dh selesai istiadat konvokesyen kolej aku.. aku dah bergraduasi yeahh..

on the way nak balik melaka, aku terasa macam berdenyut-denyut je...aku rasa macam geraham bongsu nak keluar dah.. arghhh.. tak selesa nya...

Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.




Masalah pada gigi bongsu

Gigi yang terhimpit

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.

Gigi yang tidak muncul sempurna pada gusi

Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.

Perubatan

Cabut gigi

Sebelum dicabut, gigi umumnya akan digambar terlebih dahulu dengan menggunakan sinar X untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Proses mencabut gigi bongsu biasanya dilakukan dengan bius setempat, namun kadangkala juga dilakukan dengan bius penuh. Walaupun tergolong dalam pembedahan kecil, namun proses mencabut gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi, untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kerumitan selepas prosedur mencabut gigi tersebut.

2 ulasan:

  1. tahniah atas graduasi anda..
    hve fun dengan kehidupan yg mendatang..
    and, moga berbahagia selalu.. =)

    BalasPadam
  2. thanx mie.. nak adiah, nak adiah, nak adiah.. hahaa

    BalasPadam