Rabu, 29 Mei 2013

With Nii-Chan



Assalamualaikum...

Hari ni aku tak buat pe sangat.. just dok rumah mengabiskan cuti yang panjang nie.. sepanjang masa aku isi dengan ber 'wassap' dengan my hubby...

Aku : Hubby, watpe tu?

Hubby : Tgh baca komik gay

Aku : Aehhh

then My Hubby bagi gambar ni


Hubby : mal kene dukung...comel

Aku : arghhh..cutenye... dukung adik peliss... (tetibe)

Hubby : Sebijik macam kisah kita ni..update dalam blog peliss hehe..

kemudian aku gigih mencari citer ni.. WITH NII-CHAN... bila aku baca, anime yang ringan.. tak serabut sangat.. cara budak ni manja-manja dengan abang dye pun sama macam aku dengan my hubby..  akhirnya My Hubby dapat dukung yeahhh..   cara penceritaan pun sangat realistik, xde r merapu-rapu.. 


aku suka part budak kecik tu cuddle abang dye.. arghh.. comei nye.. nak buat camtu gak kat my hubby..

hubby, pelisssssss... :D

Selasa, 28 Mei 2013

bongsu dah keluar


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah dh selesai istiadat konvokesyen kolej aku.. aku dah bergraduasi yeahh..

on the way nak balik melaka, aku terasa macam berdenyut-denyut je...aku rasa macam geraham bongsu nak keluar dah.. arghhh.. tak selesa nya...

Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun.
Gigi bongsu termasuk dalam kategori struktur vestigial, iaitu struktur yang fungsi awalnya hilang atau berkurangan selaras dengan evolusi. Banyak ahli sains berpendapat bahawa perubahan jenis makanan pada manusia moden daripada bahan mentah menjadi dimasak menjadikan makanan lebih lembut. Selain itu, pemeliharaan gigi moden mengalami kemajuan pesat. Akibatnya kerosakan pada gigi berkurang. Kehadiran gigi bungsu yang diperkirakan dapat membantu bila ada geraham lain yang menjadi tidak berguna, malah pada kebanyakan orang menjadi masalah.




Masalah pada gigi bongsu

Gigi yang terhimpit

Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, kadangkala rahang tidak memiliki ruang yang mencukupi untuk gigi bongsu tumbuh dengan sempurna. Akibatnya gigi bongsu menghimpit gigi geraham yang berada di depannya. Hal ini akan mengakibatkan rasa sakit pada gigi. Masalah ini selalunya diatasi dengan cara mencabut gigi bongsu yang baru tumbuh. Bila gigi bongsu berada dalam kedudukan yang sukar untuk dicabut, yang dicabut adalah gigi geraham yang dihimpit agar gigi bongsu mendapat ruang yang cukup untuk tumbuh.

Gigi yang tidak muncul sempurna pada gusi

Kadangkala gigi bongsu tidak tumbuh dengan sempurna pada gusi. Gusi yang menutupi gigi dapat mengakibatkan sisa makanan dan bakteria terkumpul yang boleh menyebabkan jangkitan dan sakit pada gigi.

Perubatan

Cabut gigi

Sebelum dicabut, gigi umumnya akan digambar terlebih dahulu dengan menggunakan sinar X untuk mengetahui bentuk, kedudukan dan kedalaman gigi. Proses mencabut gigi bongsu biasanya dilakukan dengan bius setempat, namun kadangkala juga dilakukan dengan bius penuh. Walaupun tergolong dalam pembedahan kecil, namun proses mencabut gigi sebaiknya dilakukan secara profesional oleh doktor gigi, untuk mengelakkan sebarang jangkitan atau kerumitan selepas prosedur mencabut gigi tersebut.

Isnin, 27 Mei 2013

aku, studi dan konvo

Assalamualaikum..

setelah 4 tahun berhempas pulas studi exam assgment bla bla bla dan akhirnya aku bakal konvo..

        Masih teringat lagi waktu aku mula-mula masuk ke kolej..budak hingusan yang berjauhan dengan family.. hanya teman-teman baru yang menjadi pengganti sementara di sana. Bukan sesuatu yang baru bagi aku bila kena duduk asrama.. segalanya aku uruskan sendiri. tapi bila tang nak buat asgment kena lah mengendeng dengan kengkawan, pinjam lappy sebab tyme tu x cukup duit nak beli lappy.. sem ke dua baru dapat pakai lappy sendiri dan aku masih lagi menggunakan lappy yang sama. 

       Bila berjauhan dengan family, hanya kawan-kawan menjadi peneman. Mana depa nak pi, aku follow.. takmo r kene tinggal, kang depa kata aku kera sumbang, tak nak bergaul dengan depa.. masa study lah masa yang seronok, lata bayu, puncak janing, bukit wang menjadi tempat kami semua berendam.. siap berpiknik bagai. wang kelian, wang burma, bukit malau tempat kami hiking, Alor star mall, city plaza, pekan rabu, pacific tempat kami berjimba dan akhir nya di PICC tempat kami konvo :D

aku dah nak konvo baq ang.. hehe.. yaaahuuu..

degree dah abes.. matlamat seterusnya nak amek master plak..macam my hubby..

Terima kasih sayang untuk baju dan tie konvo tu.. tak sabar nak pakai esok.. pas dapat scroll tu nak jerit nama hubby boleyh x? lol.. hehe


Rabu, 22 Mei 2013

A.B.AB.O ABABO pon boleh..

Assalamualaikum..



korang dah baca tak entri Encik Bf pasal my blood type .. mesti ramai yang bandingkan personaliti diri sendiri dengan jenis darah korang kan..

tapi...

Aku tak tahu aku darah pe...

darah A ke? darah B ke? darah AB ke? darah O ke??

so aku dah buat keputusan yang aku

aku

aku

aku

ialah

seorang mamalia

berdarah panas

dan jenis darah aku

ialah

ABABO.. sebut betul-betul ABABO ye adik-adik.. (dah macam burung ABABIL)


Encik Bf type A.. patut r mamat ni excellent dalam studi.. budak pandai ni siot.. hehe..

        Tapi encik BF kene kurangkan makan DAGING..kurangkan yer sayang..  abang kene amek banyak sayur dan kekacang.. takpe.. ti adik bawakkan TEMPE dari kampung yer.. leyh abang kunyah2 selalu.. hahaa..bab suplement tu saya tak paham.. mintak encik Bf boleh terangkan suplement ape yang boleh di ambil oleh insan yang berdarah A..

kalau korang nak tau, jenis darah dan keperluan badan boleh singgah selalu di blog encik BF.. hehe


thanx En.BF kongsi pasal blood type dan personaliti... semoga orang lain dapat manfaatnye dan bukan kita-kita je kan sayang.. :D




Ahad, 19 Mei 2013

karoks dengan my honey


honey saya dengaq saya karoks lagu ni.. hehe.. thanx sayang...


"Life Is Wonderful"

It takes a crane to build a crane
It takes two floors to make a story
It takes an egg to make a hen
It takes a hen to make an egg
There is no end to what I'm saying

It takes a thought to make a word
And it takes some words to make an action
It takes some work to make it work
It takes some good to make it hurt
It takes some bad for satisfaction

La la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is wonderful
Al la la la la

It takes a night to make it dawn
And it takes a day to make you yawn brother
And it takes some old to make you young
It takes some cold to know the sun
It takes the one to have the other

And it takes no time to fall in love
But it takes you years to know what love is
It takes some fears to make you trust
It takes those tears to make it rust
It takes the dust to have it polished

Ha la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is so full of
Ah la la la la la la life is so rough
Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ah la la la la la la life is our love
Ah la la la la la

It takes some silence to make sound
It takes a loss before you found it
And it takes a road to go nowhere
It takes a toll to make you care
It takes a hole to make a mountain

Ah la la la la la la life is wonderful
Ah la la la la la la life goes full circle
Ha la la la la la life is wonderful
Ha la la la la la life is meaningful
Ha la la la la la life is wonderful
Ha la la la la la life it is...so... wonderful
It is so meaningful
It is so wonderful
It is meaningful
It is wonderful
It is meaningful
It goes full circle
Wonderful
Meaningful
Full circle
Wonderful

HUJUNG MINGGU : tengok wayang dengan Encik BF

ASSALAMUALAIKUM

semalam hari yang meletihkan

7.00 pagi : pergi kerja

3.00 petang : cari barang konvo aku

6.00 petang : temankan member kat Umobile

malam baru lah dapat manja-manja dengan Encik Bf...
(ceyh padahal, setiap hari mintak manja2 dengan my honey nie)
muahhhh....sayang dia erat-erat...

semalam adalah Movie Night.. giliran aku plak pilih cerita..

yeahhh.. 

dan aku telah memilih..



ceritera



cerita ni agak panjang.. 2jam 50 minit.. dekat 3jam ooo.. kesian Encik Bf kene layan aku..
cerita yang sangat cute antara MEW dan TONG... lagi2 masa Tong bagi ketiak dye untuk jadikan tempat Mew landing.. argghh sweet giler.. 

tyme ni r leyh ngendeng kat my honey mintak ketiak.. haha.. oopsss cencored.. hehe



tak dinafikan tengok citer romantik boleh buatkan kita leyh open untuk menjadi romantik.. kan sayang..

Macam Tong hadiahkan Mew patung kayu nie..


dia buat ala-ala mencari harta karun.. 

dan part yang paling tacing sekali 

bila Tong cakap

"i cant be ur boipren, but it doesn't mean that i dont love u"

dan Mew nangis sensorang kat dalam bilik.... arghhh..

terus rasa nak peluk my honey.. tetiba.. haha



the love of Siam

Jumaat, 17 Mei 2013

U torrent

Assalamualaikum..



Abang : adik, hujung minggu ni nak tengok movie ape?

Aku    : tak kisah abang, adik ikut je..

Abang : ada satu muvie ni, abang tengok review macam best.. tapi adik kene donlod lah

Aku    : boleh...abang bg link..

Abang : ade u torrent x? 

Aku   : xde r plak

Abang.. : install tu U torrent pastu abang bg link movie kat email..

Aku  : baik boss..


               Hampir 4 bulan aku kapel dengan my sweetheart ni, dia sesekali tak pernah pentingkan diri dia.. Setiap perbuatan dia buatkan aku selesa bersama.. sebab tu aku sayang dia ketat-keta .. hehehe.. Kalau aku tak tahu something pasal sofware.. dia guide.. hari itu pasal nak convert word ke PDF je pon.. aku tak tau.. dia yang ajar.. semalam dah donlod U Torrent tapi slow nak MAMP** haha.. aku mengadu kat dia...

             Kesian my love kene dengar masalah aku semalam.. masalah dengan kerja.. aku nie jenis suka berlengah.. minggu depan dah nak kene antaq research.. hari ni baru terkial-kial nak buat.. adoyai..Encik BF suruh mula taip research tu.. tapi apa yang aku buat zzzzzzzz... hehe.. arghh.. kenapa aku malas sangat ni.. Kalau Encik Bf ade kat sebelah ni baru ada semangat nak buat keje.. tetiba... haha..

u can do it.. do ur research now!!!






Rabu, 15 Mei 2013

Hikayat Nenek Moyang : Pengembaraan Satria ke Alam Magika

kisah nya bermula disini

PART 1

PART 2

PART 3

         Adapun ketika Fallen Angel berjaya keluar dari Daerah Pesbuk dan terlepas dari tangan Beruang Sakti.. Dia meneruskan perjalanan menuju ke Gua Saktimuna.. berbekalkan bekalan makanan yang ada.. Fallen Angel terpaksa berjimat cermat.. kek Tera Miss You yang dititipkan oleh Angel Without Wing dimakannya sedikit, tidak sampai hati untuk menghabiskannya..

        Setelah penat berjalan, Fallen Angel mencari sepohon pokok yang rendang untuk melepaskan lelahnya.. ketika leka memerhatikan keadaan sekeliling, matanya terpaut kepada sebuah bongkah batu yang terdapat di bawah pepohon tersebut.. ya.. itulah batu Blogger.. Batu yang termasyur namanya.. batu yang mempunyai sakti.. yang dapat menerbitkan rindu seseorang kepada temannya.

         Fallen Angel terlihat nukilan Angel Without Wing dan sayugia terasa sayu hatinya merindui sahabat nya itu. dengan kuasa telapatinya, dia mencuba menghubungi sahabat nya itu.. krik.krik..krikk.. taliannya terputus.. Angel Without Wing takdapat dihubunginya.. kemana pergi sahabatnya itu..

       Segugus bebola api datang menyergah.. tiba-tiba.. Fallen Angel menjadi terpinga-pinga.. nasib baik dia dapat mengelakkan diri daripada serangan bebola api tersebut. sejurus selepas itu, datang kembali bebola api menyerang Fallen Angel..Lantas turunlah Seekor gergasi yang ganas menginjak ke bumi..

       Gergasi tersebut digelar Sang Naga Api.. dia memusnahkan segala apa yang ada di hadapannya. seolah-olah di kawal, Sang Naga Api ingin menghancurkan Fallen Angel.. Fallen Angel mengunakan segala jurus yang dia ingati untuk melawan Sang Naga Api.. keadaan semakin meruncing.. Sang Naga Api dapat menangkap Fallen Angel.. Fallen Angel meronta-ronta minta dilepaskan.. mereka bertatap mata. Fallen Angel melihat ada gugusan jernih yang keluar dari mata Sang Naga Api.

sayugia talian telipati Fallen Angel berbunyi.

"wahai saudara ku.. ini aku wahai sahabat", suara itu berkata

"siapakah gerangan tuan hamba", Fallen Angel berbicara menggunakan suara batinnya

"Aku Angel Without Wing, tolong aku wahai sahabatku", suara itu berkata lagi

"huh? dimanakah kedudukan tuan hamba wahai temanku", suara batin Fallen Angel bertukar risau

" aku dah disumpah oleh Saktimuna, dia telah berjaya memperdayakan aku.. aku disuruhnya memakan epal pemberian nenek kebayan, dan apabila aku bangkit, aku sudah seperti ini", kata suara itu lagi

" seperti apa tuan hamba?"

Suara itu kian hilang.. tiba-tiba Fallen Angel tersedar dan dia melihat Sang Naga Api memandangnya sayu..

"Tuan hamba??" Fallen Angel mengeluarkan suaranya dengan payah..

    Sang Naga Api hanya mampu menundukkan kepala..gugurlah hati Fallen Angel apabila melihat sahabatnya telah disumpah menjada Sang Naga Api..



Mudik ke muara menaiki kuda,
bersama kembar bersiap siaga
luluh hatinya Satria muda,
temannya bertukar menjadi naga

Menganyam ketupat bersama juragan, 
gadis berlima cantik terperi,
hanya dapat disembuhkan dengan,
sakti delima kepunyaan puteri

BERSAMBUNG....

Selasa, 14 Mei 2013

14.05.13

TARIKH...

Ada apa dengan tarikh??

Bagi segelintir orang, Tarikh penting dalam kehidupan mereka.. Dan bagi sesetengah yang lain.. hidup mereka berlalu tanpa menghiraukan tarikh-tarikh yang berlalu...

tapi..

pada aku..

Aku amat menghargai tarikh yang bermakna dalam hidup aku.. tarikh yang mana akan menjadi kenangan selamanya.. Kenangan aku dan dia bersama..

14 Januari.. itulah permulaan bagi sebuah hubungan yang lebih serius..

ku kirimkan sebuah komik dan sehelai seluar untuk buah hati aku.. (naseb baik dia dapat) haha..

14 Februari.. bermula bibit2 cinta kami

14 Mac.. bunga bunga cinta berkembang

14 April.. Encik Bf mintak gwiyomi... dengan gigih aku buatkan video gwiyomi untuk dia.. bila tengok balek.. angker siot gwiyomi aku.. arghhh.. malu syall hehe

14 Mei.. Encik Bf mintak sambungan Hikayat Pengembaraan Satria ke Alam Magika... adoyai.. nak kene cari klimaks cerita yang menarik nie.. hehe..

Aku bahagia dengan dia..

terima kasih kepada MAXSUKKKSS yang dah menjadi penghubung cinta kami.. dan kini kami tidak lagi menggunakan perkhidmatan anda.. yeahhh.

Kini kami ada

NEW DIGI EASY PREPAID.. call buddyz dan SMS free je bro.. haha.. line pon so far ok..

sayang.. jom jadikan hubungan ini longlasting yer...

i love u so much honey..

muahhh

Isnin, 13 Mei 2013

pink yawllss :))



Assalamualaikum....

alhamdullilah, diberikan kekuatan untuk aku terus hidup hari ini.. di dalam bulan Rejab yang mujarabb... menghitung detik lagi dua bulan ke Ramadhan Al Mubarak..

Selasa minggu lepas, abang Haidhar whatsapp aku...suruh amek barang.. My honey post kan barang ke opis abang Haidhar... 

*psst... Abang Haidhar ini abang aku... nak kenal dengan dia x? roger2 lah aku nanti k.. hehe...

My honey kirimkan sehelai baju kemeja warna Pink.. sehelai Tshirt kapel.. dan Tie warna Pink.. hehe.. My honey suruh aku pakai baju kemeja dan Tie ni masa konvo nanti....

Awww.. pinkkk uaallsss.. hehee.. ok pe..nampak jambu kan kan kan..

Aku : Honey, adik ni dah r gelap, pakai plak baju pink

Honey : ala, xpe lah.. orang gelap pakai pink nampak macho.. lalalala..

Aku : Kpine apple cheese tart... 

hehe.. tapi sejujurnya..aku suka bercampur terharu.. hadiah konvo in advance yang aku dapat.. thanx my honey.. 

cinta tak mengharapkan sesuatu yang lebih
selagi kau ada disisi, itu sudah cukup bagiku



Ahad, 12 Mei 2013

Si Dia yang Memahami

Assalamualaikum..

dia memahami situasi aku sekarang..

dia tak memaksa aku untuk melayan dia sekarang

dia begitu mengambil berat akan diriku

dia yang kumaksudkan



ialah.....

Orang yang sudi terima aku seadanya...

orang yang setia denganku

Orang yang tidak mementingkan diri sendiri

orang yang rajin sangat melayan kerenah aku

Orang yang berusaha untuk membuatkan aku bahagia



walaupun...

kami tidak pernah bersua....



TETAP



Dia ialah orang yang aku sayangi...


#kehilangan nenek memang takde gantinya.. tapi terima kasih pada Si Dia yang sentiasa menemani setiap masa dalam jaga dan dalam mimpi


Kasih Sayang Selamanya

Assalamualaikum..

Hari ini genap 10 hari pemergian nenek tercinta.. Setiap saat aku pasti akan terasa kehadiran nenek.. nenek yang aku sayang..Pukul 4 petang 2 Mei 2013 lepas balik kerja, Mak call aku, mak suruh balik, nenek tengah tenat. Aku dah tak pikir ape tyme tu.. amek barang, terus balik melaka. Dalam hati Aku doa supaya nenek baik-baik saja.. Surah Alfatihah meniti dibibir.. Kawan serumahku pernah berkata, Alfatihah jika dibaca 7 kali dan kita yakin dengan surah itu, In shaa Allah, mintak lah apa saja, Allah akan kabulkan.

Jam ditangan menunjukkan 5.20 petang.. Ayah aku call, tanya aku dah sampai mana..

"along baru lepas Simpang Renggam ayah..", ..... "Paksu suruh amek anak dia dekat Muar", ayah berkata.. "ok..ti along pi amek', talian di matikan.....

pukul 7 malam, aku sampai ke Sekolah sepupu aku.. aku terdengar Muazzin melaungkan Azan.. dan terus enset aku berbunyi..

"selamat berbuka sayang", ya Allah.. aku lupa yang aku tengah berpuasa..hari ini hari khamis.. lantas aku teguk air mineral yang ada di dalam keretaku. setelah berjumpa dengan warden sekolah, aku memecut melungsuri lebuhraya AMJ.. dan sentiasa berada di lorong kanan.. kereta Vios di hadapan ku laju.. tiba-tiba..

nenoooo nenoooo.... siren ambulan dibunyikan..

Vios yang tadi laju break secara mengejut.. aku panik dan kemudian terus menekan breakk.. hanya Astagrfirullah yang dapat aku ungkapkan.. kereta Vios tadi terus bergerak.. kalau Vios tu tak bergerak mungkin aku dh langgar kereta dia.. dan mungkin juga takkan ada di sini pada hari ini...

8.30 malam..

aku sampai ke rumah nenek.. aku lihat banyak kereta yang memenuhi perkarangan rumah.. lemah lutut aku, bila aku nampak pengusung jenazah.. aku cuba kuatkan hati.. aku masuk ke rumah dan aku lihat ramai orang perempuan sedang memandikan jenazah nenek.. Allah... rasa macam nak tercabut jantungku.. lantas aku dapatkan ayah.. aku dakap ayah dan menangis teresak macam budak2..

"sabar along..bukan ayah tak nak bagi tahu.. kau tengah drive..", belakangku diusap..

setelah selesai memandikan jenazah nenek, bilal mengapankan nenekku.. ya Allah.. tenang je muka nenek.. seolah-olah dia tengah tidur.. semua sedara mara mengambil tempat untuk mengucup nenek.. aku lihat ayah duduk sebelah nenek.. ayah pandang muka nenek.. diam.. tak berkata apa-apa.. ayah kucup pipi, dahi  nenek.. ayah pandang nenek lagi...lantas dikucup nenek buat kali kedua.. ayah masih di situ.. tetap memandang nenek.. kucupan ketiga kucupan terakhir seorang anak kepada ibunya... yang membesarkan ayah.. dan ayah juga yang menjaga nenek.. yang setia di rumah itu pabila makcik dan paksu mencari rezeki di tempat lain.

Sebagai anak, aku paham perasaan ayah.. Nenek pernah bercerita,waktu ayah muda,  dia tak suka ayah tidur rumah kawan, nenek akan datang paksa ayah balik.. nenek tak nak ayah jadi macam anak orang lain, isap dadah dan buat benda tak berfaedah.. terima kasih nenek.. disebabkan nenek, ayah jadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab..

Alhamdulillah, ayah dapat membalas jasa ibunya..waktu nenek sakit.. ayah yang selalu urut belakang nenek dengan penuh kasih sayang..Ayah yang bawak nenek ke hospital apabila nenek sakit teruk.. nenek duduk sebulan dalam hospital, hari-hari ayah datang menjenguk..

setelah semua sedara mara mengucup nenek buat kali terakhir, kami semua menyembahyangkan nenek.. sebak.. Nenek yang jaga aku sejak kecik.. bila darjah3 atuk aku meninggal, ayah suruh aku duduk dengan nenek.. ape-ape yang nenek nak, aku yang akan dapatkan.. ke mana saja nenek pi, aku yang temankan.. Pi solat magrib kat masjid, pi kursus haji, pi umah makcik kat kl.. nenek akan bawak aku.. Nenek pandai masak.. semua yang nenek masak, aku yang habiskan.. kalo tanya kat nenek..

"nek, along makan ek nasi ni', nenek mesti jawab.. "makan ler.. memang masak untuk kau pun, sape lagi nak makan".....

Majlis pengembumian berlangsung pukul 10.. Alhamdulillah nenek pergi di petang jumaat.. petang penghulu segala hari.. Nenek.. besarnya jasa nenek untuk Along.. terima kasih nenek...pada along..nenek tetap kekal dekat dengan Along...

Along sayang nenek :(

Semoga nenek terlepas daripada fitnah kubur dan ditempatkan dalam kalangan orang yang solehah..

AlFatihah buatmu nenek ....