Selasa, 4 Disember 2012

Ayam masak Tomato ala Ummi


Assalamualaikum.. 

             Hari ini Puan Ummi nak ajar masak..  kene r den siapkan bahannya.. tak tahu bahan-bahan nak masak?? ok kan sini mal nak kongsikan resepi Ayam Masak Tomato ni.. cuba taw, jangan asyik makan je..kita kena r belajar memasak..hehe

Ayam Masak Tomato ala ummi

Bahan-bahan ( 4 orang )

1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

## Bahan-bahan kisar ##

4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

## Bahan Hias ##

1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang hijau secukupnya

Cara-cara

Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah dimasukkan sos dan buah tomato. Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam. Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. Biar 1-2 minit. Kemudian padamkan api.

#mesti best ade rumah sendiri, leh masak sendiri, 
#teringat dulu selalu memasak kat umah pak cik :)

3 ulasan:

  1. wahhh..da rajen kedapur..bagus2...hihih=)...ok nnti da siap masak anto ke rumah skit nak rasa air tangan tuan tanah..hihi

    BalasPadam
  2. haha..asas nak duk umah sendiri..huhu.. boleh2 sediakan bahan-bahan yerkk

    BalasPadam
  3. hehe...ade tolong mak tak time mak masak tu?

    BalasPadam