Selasa, 10 Jun 2014

PJJ

Assalamualaikum, hai awak-awak semua.. semoga sihat dan ceria hendaknya di samping yang tersayang. cewah.. ada ke? hehe.. sejak bercuti ni, rasa macam malas je nak buat benda. cewah.. memang aku malas!! dah selalu kene sound dengan hubby, tapi still masih malas lagi.. tadi petang aku call si Faiz.

Aku : Assalamualaikum, ni bilik mayat Hospital Sultanah Aminah ke?

Faiz : waalaikumsalam, maaf salah, ni rumah mayat orang Asli. Motif!, ko dah kenapa tiba-tiba call aku ni??

Aku : Saje-saje je pakcik oit. tak boleh ke aku nak call ko?

Faiz : boleh je, aku pun tak bizi ni?

Aku : ouh. Ko bila nak balik Melaka lagi ni bai? aku dah macam kutu kematian bini ko tau..

Faiz : Yo lah ko jang, BF ko kan ada. pi lah jumpa dia.

Aku : kiteorang kan PJJ..

Faiz : ye lah PJJ tapi macam mana korang boleh tahan ek walaupun tak jumpa?

Aku : hah, tu lah sebab aku nak call ko.. nak bagi SECRET RECIPE dekat ko ni.. resipi bahagia dengan PJJ (perhubungan jarak jauh)

artikel dipetik daripada Harian Metro 1/11/2013.. which is dah dekat2 dengan bufday aku dan bufday my hubby bunny tahun lepas.

Cinta dan perkahwinan jarak jauh menjadi satu perkara biasa pada zaman ini memandangkan pasangan masing-masing mempunyai komitmen kerja dalam mencari rezeki demi kesejahteraan keluarga.
Cinta jarak jauh semestinya mempunyai pelbagai cabaran dan rintangan kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sendirian. 
Misalnya pasangan bercinta terdedah kepada pelbagai dugaan khususnya godaan daripada lelaki atau wanita lain. Jika kasih dan kesetiaan tidak teguh, mereka akan terpedaya seterusnya cinta yang dibina boleh putus di tengah jalan. 
Persoalannya bagaimana untuk mengekalkan hubungan jarak jauh? Mampukah kisah cinta jarak jauh ini bertahan? Apakah tip bagi mengekalkan kemanisan dalam perhubungan cinta jarak jauh ini?

Disenaraikan beberapa panduan yang mungkin boleh membantu semua pasangan sama ada yang tinggal sebumbung atau berjauhan. Sama-samalah kita mempraktikkan tip ini dalam hubungan dan membaiki diri ke arah lebih baik.


• Manfaatkan masa yang ada

Cinta jarak jauh ini bukan saja memerlukan kos yang tinggi kerana perlu berulang alik untuk bertemu pasangan masing-masing, tetapi juga kesuntukan masa yang begitu cemburu setiap kali bersama.

Masa dan peluang yang ada untuk bertemu pasangan perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Gunakan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama supaya ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.

Elakkan daripada mengeruhkan suasana. Jika ada perkara yang membuatkan anda terasa, cepat-cepat padamkan perasaan itu supaya ia tidak berlarutan. Elok juga jika anda boleh menyatakan perkara yang mengganggu fikiran, dengan ini sebarang kekusutan boleh dirungkaikan.

*macam aku dan hubby, xdapat nak manfaatkan masa bersama sebab kiteowg tak penah jumpa lagi. hihi. so aku tak nak huraikan tentang bab ni yer 
• Kreatif

Anda perlu kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang iaitu bukan saja makan bersama tetapi lakukan aktiviti lain supaya masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Banyak aktiviti yang akan meninggalkan kenangan manis kepada anda iaitu memasak dan bersukan.

Walaupun tidak dapat bertemu anda boleh sesekali menghantar kata-kata indah kepada pasangan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial.

Sebagai cara mengambil berat, anda perlu bertanyakan aktiviti harian supaya mereka tidak rasa diri kesunyian dan diambil berat oleh pasangan. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin. 
*aku setuju dengan penulisan ni sebab, tak semestinya dah berjumpa baru nak manja-manja dan caring kan. gunakan lah apps yang ada untuk meningkatkan keghairahan dalam hubungan korang, cewahh ghairah katanya. macam Hubby, dye selalu lukis pic2 yang cute2 dan bagi kat aku. aku pun lukis gak. tapi agak hodoh lah kan. hakhakhak.. 

tak cantik.. tapi nak tunjuk gak, sebagai bukti.. haha.. :P

• Saling percaya

Mempercayai pasangan adalah aspek paling penting dalam perhubungan kerana ia akan memastikan hubungan yang dibina berkekalan. Kesangsian boleh mencetuskan pergaduhan dan perpecahan. Jangan sesekali berfikir negatif terhadap pasangan. Sekiranya anda mendengar cerita yang kurang baik mengenai pasangan, jangan cepat melenting sebaiknya fikir dan selidik dulu kesahihannya.

Sebagaimana anda mahu pasangan mempercayai anda, begitulah juga dia. Perasaan buruk sangka atau mengandaikan sesuatu tidak pasti perlu dikikis daripada fikiran kerana akan menjadi peluntur kasih sayang.

*pada aku, ini yang paling penting.. sangat-sangat penting. Percaya bulat-bulat pon takpe. jangan ada rasa sangsi dengan kapel korang. tak de untung nye.. korang jauh, jadi tak payah nak negatif thinking sangat lah.. be a 4ve kapel.. Aku jenis yang mudah percaya dan beri kepercayaan kepada orang. bila first time borak dengan hubby, aku percaya dan tak soal banyak dengan kehidupan dia, kalau lagi banyak soalan, lagi banyak benda yang kau akan syak dan wasangka, jadi solution nya BAIK JANGAN TANYA.. hehe..
• Kurangkan masa bertengkar

Jika berlaku salah faham segera selesaikan kerana sukar untuk menyelesaikan masalah melalui jarak jauh. Jangan panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah besar dan sukar untuk ditangani.

Bukan tidak boleh merajuk kerana ada kalanya ia menjadi pengikat cinta. Namun janganlah terlalu kerap merajuk, bimbang pasangan akan berasa bosan. Malah, jika merajuk usahlah terlalu lama kerana ia hanya akan menjeruk anda berdua dan menghilangkan keindahan perkahwinan. Sebaliknya cuba kenangan indah dalam hubungan jarak jauh.

* dekat part MERAJUK tu selalu kiteorg buat. hahah.. kadang-kadang bila hubby senyap je, tak balas-balas msg bobot, bobot sedey tau.. huhui, pastu merajuk lah seminit. mana boleh merajuk lama-lama, hubby kan ada alasan yang kukuh. contohnya, masa hubby balik somban.. ada plak mamat sorang tu, memang tak dapat ler layan bobot. so bobot boleh paham sayang. tapi SIYES, satu hari kalau hubby tak layan bobot, boleh gila oooo...

• Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi

Setiap pasangan mengimpikan hubungan berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sesekali meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap hubungan kerana dibimbangi akan berakhir kekecewaan. Ini bukan bermaksud anda tidak perlu serius dalam menjalin hubungan, cuma berfikiran realistik.

Pun begitu, anda dan pasangan mestilah sama-sama berusaha supaya rumah tangga yang dibina kekal bahagia sepanjang hayat.

*ini yang aku lemah.. aku nak sangat-sangat duk serumah dengan hubby. masak dengan hubby, duduk bawah ketiak hubby. tengok movie dengan hubby. hehe.. tu semua masih lagi dalam peringkat angan-angan.. aku masih menanti waktu itu kunjung tiba. hihih..

• Setia

Jika mengharapkan pasangan jujur, maka anda juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan supaya tidak wujud salah faham antara anda dan pasangan. Jika ada yang cuba mendekati, berterus terang bahawa anda sudah menjadi milik orang dan jangan cuba bermain api.

Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan tidak boleh dijual beli lebih-lebih lagi dari insan tersayang.

*dah macam lagu kriss dayanti "COBALAH UNTUK SETIA", haha.. kalau korang nak faham ape tu setia, hah ape lagi, pi bukak lagu kriss dayanti. setakat ini, aku masih setia dengan hubby bunny sorang, kalau member blog tanya, jawapan aku tetap sama, "yer, sebenarnya saya isteri dia", ok maaf macam tergedik je kan.. haha

• Hubungi pasangan apabila rindu

Tinggal berjauhan membuatkan rasa rindu kepada pasangan semakin mendalam. Bagi menghilangkan rasa rindu itu hubungi pasangan anda sekerap mungkin pada waktu lapang.

Elakkan mengganggu pasangan ketika dia sibuk kerana ia akan memberi tekanan yang mungkin boleh menjadi punca pertengkaran.

* kami selalu call, kalau hari bekerja pukul 5-7ptg dan 9-11mlm, kalau weekend 9-11pg, 2-4, 5-7, 9-11mlm. tapi tak suka r sebab cuti xsama.. sedeyyyyyyhh.. huhu

• Tatap gambar

Simpan gambar pasangan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dalam beg duit. Setiap kali rindu tatap gambar pasangan yang boleh membangkitkan rasa kasih sayang. Dengan cara itu juga dapat menghilangkan segala masalah yang ada di dalam fikiran dan menenangkan jiwa ketika bercelaru.

*bab ni, hubby aku liat skit. nak mintak pic dye bukan main susah!!! hehe.. saje r tu nak buat cheq rindu kan dia.. ai lap yu hubby.. haha

• Buat kejutan

Sesekali berjumpa apa salahnya kita membuat sedikit kejutan kepada pasangan. Misalnya mengatur makan malam di tempat yang lebih eksklusif.

Walaupun terpaksa mengeluarkan belanja yang besar tetapi ia sangat berbaloi kerana membuatkan pasangan rasa dihargai. Ia juga dapat mengeratkan hubungan.

*hat ni angpa toksah dok kira lah nooo. dah banyak suprise cheq buat bagi kat dia (boleh rujuk entri sebelum2 ni).. hehe.. yang penting balik kepada yang mula-mula tadi KREATIF dan berinovatif tunggak kesejahteraan umat. tetiber. 

• Kirim surat

Mungkin anda ketawa mendengar cadangan ini, tetapi tahukah anda kaedah konvensional ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ia umpama ada keajaiban kerana hati akan rasa tersentuh membaca surat dari orang dicintai apatah lagi jika dikarang dalam bahasa indah dan romantis. Tidak mustahil surat akan menjadi teman tidurnya!
*jangan kata surat, boxer cheq pon cheq ada bagi.. hehe..cheq ada bagi kat hubby  Anime untuk Piyot. mesti setiap malam hubby tatap kan? lalalalaa.. heheh

mintak maaf lah kalau ada yang tak berkenan bila baca entri cheq ni, saja nak tulis apa yang aku suka kerana ini adalah boleh Wings Angel. hehe.. terima kasih kerana sudi membaca. dan saya sayang anda kalau anda meninggalkan komen diruangan yang disediakan. sape komen cheq sayang ang. luaskan kuasamu piyot. tetiber.. ok tu takde kene mengena. lalala

Selasa, 6 Mei 2014

Perginya Seniman Negara

Assalamualaikum..

Mati itu Pasti, Hidup InshaALLAH..

Alfatihah buat Pak Ajis, semoga Allah merahmati anda, terima kasih pak ajis, pak sudin dan Pramlee kerana saya membesar dengan lawak anda bertiga. Semoga Allah menyayangi kalian.



sudin: dulu kalau korang dengar cakap..senang kita dah pindah pun

aziz : yer la din..umah yg kau ckp tu ader org pindah ke blom

sudin : umah yg mana niii

azizi : yang kau ckp tu

sudin: oo..umah tu masih kosong tapi kalau kita apply dpt laaa

azizi : ader berapa bilik din
sudin : ada 3 bilik

aziz: ooo..bagus la kita ada bilik sorang satu ..besar tak biliknyer din

sudin: besar tak berapa besar...panjang nya tu 7 kaki kau tu..lebarnya tu membawa ke 3 kaki....dalamnya 7 kaki daaa...

azizi : besar jugak.....(baru sedar sudin mainkan azizi )..itu kubur tempat ko nak mampus bahalolllll

Jumaat, 2 Mei 2014

Setahun sudah Berlalu

Assalamualaikum

Hari ini, 2 Mei 2014.. sudah setahun dia pergi meninggalkan aku..

Aku rindukan asam pedas, kuah masak lemak, nasi goreng dia. sejak dari dia sakit dua tahun lepas, tidak lagi aku dapat rasa kan air tangannya. Masih aku ingat, sewaktu aku nak balik ke JB, dia gigih bangun dan masakkan sambal ikan gelama. sedapnyaaaaaa...

tapi itu kisah lalu..

semalam..

aku sengaja ambil jalan dalam nak balik ke Melaka.. jalan yang pernah aku lalu setahun yang lalu..

Yong Peng-Bakri-Muar-Melaka

Setahun yang lalu, sebelum sampai ke rumah, aku tepaksa mengambil sepupu aku di Bakri, dalam keadaan aku tidak tahu yang dia sudah tiada lagi.

Disebabkan nak cepat sampai ke rumah, aku nyaris dilanggar oleh Civic.. tetapi Allah masih lagi mahu aku terus hidup...

Semalam,

Sepanjang perjalanan aku bermonolog sendirian,
adakah dia sedang melihat apa yang aku buat sekarang, adakah dia sedih dengan apa yang aku buat sekarang, dan adakah dia bahagia di sana.

Nenek,

Aku sedang cuba perlahan-lahan untuk menjadi anak, abang, dan cucu yang soleh. Cucu yang boleh sentiasa mendoakanmu di dalam setiap solatku.

Semoga Allah melapangkan pembaringanmu, menjadikan kuburmu sebagai taman syurga. Sesungguhnya, kau insan yang berjasa kepada diriku ini, sejak dari kecil sehingga aku besar. Terima Kasih Nenek.

Aku Sentiasa Merinduimu.

AlFatihah buatmu..



setahun yang lepas (klik)

Isnin, 28 April 2014

Cinta Awak Sesungguhnya

Assalamualaikum.. 
sekarang ni, asyik bernyanyi je dengan hubby itew.. so tadi masa ngah menaip plan kerja, saja bukak youtube nak tengok lagu ape yang best. Aku ternampak Sabhi Saddi, mesti korang penah bacatentang mamat ni dalam entri Persepi aku tentang bina badan kat blog aku. Aku pun bukak lah lagu yang dia nyanyi. tajuknya Cinta Sesungguhnya.. omai.. layan feeling beb.. rasa nya menepati ciri-ciri lagu yang Hubby suka tak? lagu bersifat melenium okkkk.. hehehe.. 

ce play untuk dengaq kan lagu yang ala2 layan feeling ketika hujan ini...

Ku adalah manusia
Yang paling beruntung
Memiliki kamu
(memang aku beruntung sangat dapat kenal dan kapel dengan En.Bf)
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu

(dia sentiasa menyayangi dan menerima aku seadaanya, walaupun aku macam tomok?? ) hakhakhak

Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu
(dan aku juga membalas dengan menyayangi dia lebih dari yang dia tahu)
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
(janji-janji yang dah ku buat dengan hubby, akan aku cuba kotakan )
Kau tiada habisnya
Menyayangi aku
Sepenuh hatimu
Cinta yang luar biasa
Ku serahkan
Pada dirimu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hati ku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji
Takkan lelah mendampingimu
Ku kan berjanji
Seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu

arghhhh.. bila layan lagu ni, rasa nak terbang ke KL.. hubby, pukul 2 nanti jemput bobot dekat KLIA2 tau.. cewahhhhh.. hihi.. 
*love u Hubby Bunny...
*love u so much
*love u seribu tahun

Ahad, 20 April 2014

zon karoks : dari Cover ke Single sendiri


Assalamualaikum,

Ayuh tinggalkan dia... ceyh.. tidak ada kene mengena antara hidup dengan yang mati.. aku minat dengan lagu-lagu yang encik mimpi cover.. sangat sempoi dan bersahaja. Yang paling aku suka, parodi lagu apo kono eh jang yang ditujukan khas untuk shila amzah waktu dia break dulu.

Dan sekarang Encik Mimpi dah ada dua single sendiri.. siap buat music video. tahniah EM, daripada nyanyi biasa-biasa, sekarang dah ada lagu sendiri. semoga terus sukses EM. Somehow lagu ni aku terasa macam lagu zaman 90an.. easy listening dan mudah nak faham, takde lah berberal-beral bak kata orang melaka kan.. :)

P/s nak mintak En.BF cover lagu ni pelis.. ayuh tinggalkan dia untuk aku.. tetiber kan.. hahaha.. muahhhhh..

Sabtu, 12 April 2014

Aussie katanya


Assalamualaikum...

Bulan lepas aku dapat bungkusan dari En.BF.. aku dah start minum auramen dan glutaking.. tengok r nanti putih melepak r aku pasni.. hihi.. dapat je bungkusan tu terus aku call En.BF..

Aku : Hubby... terima kasih sayang!!! dah dapat dah parcel tu. Adik bukak sekarang yer...

Hubby : gedik.. bukak je lah..

Aku :  wahhhh.. yang berat ni rupanya Auramen.. aritu kata nak bagi glutaking jer.. ni siap ada spiderman,               casing note 3.. wahhhh... terima kasih sayang.. Bobot sayang Hubby..

Hubby : tu je ke? ada lagi kan? cuba cari kat dalam timbunan tisu tu... 

Aku : aehhh.. ade lagi? takde pun... dah carik dah.. 

Hubby : hmm takpe lah.. bobot dah terbuang kot...

Aku : ish.. Bobot dah carilah... takde ape2 pon..


SEMALAM




Aku : hubby....... ehem2...





tadaaaaaa.. hihi.. dah jumpa. dak achik jumpa masa tengah kemas bilik...

Hubby : kan.. kalau cari betul-betul mesti jumpa.. ceyhhh.. lepas tu cakap hubby tak bagi...

Aku : alorhhhhh sori sayangku Hubby mucuk masham... muahhhh.. Love u Hubby Bunny..


Thanx 4 the Koala.. tak dapat pi Aussie pon tak pe lah... janji dapat cenderahati...hakhakhak.. Bobot hargai segala pengorbanan Hubby. Tak tahu dah berapa juta kali cakap terima kasih dan perkataan sayang.. tapi tak pernah jemu dan bosan bila mengucapkannya....



 I LOVE U PiYOt ... sayang sangat-sangat.


Selasa, 25 Mac 2014

BUNGKUSAN DARI HATI part 2

Assalamualaikum...

My Hubby ni penuh dengan kejutan. Time dia nak balik kampung barulah dia nak poskan barang.. aku ternanti-nanti kan casing Note 3 yang dia janjikan taun lepas.. hihi.. cuma tak mintak bersungguh-sungguh sebab malu.. hikhikhik

tunggu






tunggu








tunggu






dari pukul 8.00 Pagi..





tengok dekat website.. Barang dah sepatutnya sampai kat umah

ni tengok jam dah pukul 1..

omak aih.. tak sampai2 lagi..

risau aku..

tunggu punya tunggu sampai tertido den kat depan pintu





pukul 6.00 ptg





van pos laju pun sampai

bungkusan aku terima.. mak aih berattt nyer

padahal casing je pon....






lantas aku dengan separa gelojohnya nak sangat tau ape ada dalam bungkusan ini..


aku carik-carik kan bungkusan ini dengan rakusnya. cewah.. macam ler aku ni sopan sangat ala-ala perempuan melayu terakhir.. #takdemaknenye









aehhhh...

ada Auramen lahhhhhh

ada Glutaking lahhhhhh

ada Spidey lahhhhhhhh

ada casing lahhhhhhhhh

hehehe



Hubby.. thanx sayang..

tak sangka hubby belikan Auramen untuk Bobot...


lepasni siap ler pesaing-pesaing yang nak merampas Hubby dari aku.. Aku bakal Cerah okkkk..

#berangan.. #perahsantan #poyossss hehe


"Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya."