Isnin, 16 Disember 2013

Reunion : Sabak Bernam Part 2

Assalamualaikum

nak sambung skit pasal reunion..

lepas dah kenyang minum cendol bakau tu.. kami pun bergerak menelusuri persimpangan ijok ke kuala selangor.. sewaktu memandu, sempat aku tengok pekan kuala selangor, ada tesco, ada mekdi, kira ok lah kan.. tapi x sure plak pekan kuala selangor ada cinema ke tak. hehe.. melewati Bukit Malawati dan melepasi jambatan muara kuala selangor tu menandakan kami dah nak sampai ke sabak bernam.. yeahhh.. tak sabar rasanya, sebab dah lenguh kaki aku tekan pedal minyak..

seusai sampai di Pekan Sungai Besar, dah ternampak dah signboard homestay yang kami nak lepak nanti.. senang je nak cari homestay ni. sampai je di homestay, kami diberitahu yang owner dah bawak satu group pelancong pi Sekinchan.. maksudnya kami dah tertinggal lah ni.. sedeyh.. tapi owner dah pesan kat pekerja dia supaya bagi kami satu chalet untuk kami lepak.. kiteowg lepak-lepak dalam chalet tu sambil main permainan Betul ke Bohong..

Cara main permainan tu..

1. setiap orang kene ceritakan satu kisah mengenai diri masing-masing..
2. Yang lain akan teka sama ada cerita tu betul ke bohong
3. syaratnya, cerita mesti pendek dan ringkas..
4. kalau salah kene denda

ada 3 tema

1. tema kisah sekolah rendah
2. tema kisah sekolah menengah
3. tema universiti atau IPT

banyak membantu jugak sebenarnya game ni.. aku lebih kenal member-member aku.. sikit sebanyak dapat tau gak...macam mana diorg leyh jadi PLU. hahaha.. lariiii...

ok..nanti aku citerkan pasal aktiviti petang di homestay tu yer :)

4 ulasan: