Isnin, 16 Disember 2013

Reunion : Sabak Bernam part 1

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas.. aku ada gathering dengan member-member sekolah menengah.. Maulana yang rancang reunion ni.. Kiteorg amek homestay kat sana.. ada macam-macam program yang disediakan.. satu kepala RM 85.. Pada aku berbaloi lah.. Lunch, Dinner, Bfast pihak homestay yang sediakan.. mudah keja..

Hari Sabtu pagi.. Aku keluar rumah dan amek si Faiz kat rumah dia.. then pi amek si Maulana kat Simpang Ampat.. kiteorg gerak dari Tol Simpang Ampat pukul 8.30pagi.. sampai dekat Restoran Jejantas Sungai Buloh pukul 10 tepat.. 1jam setengah lah drive.. tak jauh mana pun.. sampai kat sana, tunggu si iskandar, Arizz dengan aleph...

Then, bila semua dah berkumpul.. macam-macam citer r nak keluar time tu.. sesi menganjing sama-sama.. "eh ko dah gemok lah skang", "Nape tinggi sangat ni", "tak tumbuh2 pun rambut ko", tu lah antara dialog yang boleh aku share kat sini.. yang lebey2 censored yer.. sbb bila orang melaka menganjeng takot korang tak tahan dengau plak.. hahaha..

pukul 10.30 pagi kiteorg gerak dari RNR Sungai Buloh, keluar di exit highway Guthrie dan masuk ke LATAR.. ada dua tol kat sana.. tol kuang utara dan tol puncak alam.. mak aih abes duet touch n go den kerana tol2 ni... dah lah taun depan Tol naik lagi!!!!! grrrr..

keluar je dari persimpangan ijok tu jalan depan skit, aku tengok banyak kereta slow.. then si Arizz yang bawak keta depan ni pon slow. pastu dye masuk ke Cendol Bakar kat kampung Asam Jawa.. yang tak boleh blah nyer.. cendol bakar tu siap ada pandu lalu.. drive thru yuwalsss.. kelas kau jah..ada variasi pilihan dan harganya tak yah cakap lah.. hehe


cendol yang peymes kat area sini kot.. sebab ramai je yang berenti makan kat sini

sila klik untuk tumbesaran yang kuat dan sihat

budak-budak ni amek cendol VIP dan cendol VVIP dan durian crepe.. amboi.. berbau ler kete den... hukhukhuk..

Dan Kami teruskan perjalanan ke Homestay Sabak Bernam...

(part ke 2 menyusul nanti)

bercita-cita nak makan cendol pulut dengan hubby itew.. hehee

4 ulasan:

  1. x payah nk bercite2 sgt... awak tu da ler gomok... mok..mok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bluerkk.. kalau itew makan herbalife ti baru awak tau.. lalala

      Padam
  2. cendol bakar tu akan popular ,suka tenguk bukan mek d saaje buat drive in in cendol pun buat drive in he he la a la tidak kisah le siapa gemok tengah hangat bercinta he helalu makan he he

    BalasPadam
  3. harap -harap cita-cita makan cendol dengan hubby itew berjaya ,emmm suap menyuap lagi he he kan hubby itew pandai masak he he

    BalasPadam