Isnin, 9 September 2013

Wedding Photo Booth

Assalamualaikum

        Ahad lepas pak sedara aku kawen, so aku kene balik melaka sabtu tu lah.. alang-alang ada kat melaka, aku berkesempatan pi kenduri kawen member sekolah menengah dulu.. Untung lah ramai yang kawen.. tapi bukan pasal kawen je aku nak citer.. tapi trend skang.. yang pakai photo booth waktu majlis resepsi...

ihsan dari pakcik google

       Dah macam jadi trend mana-mana majlis mesti ada photo booth.. bila aku search kat internet, majlis harijadi pon orang buat photobooth, open house hari raya pon orang buat photo booth.. satu pembaharuan lah dalam memeriahkan sesuatu majlis tu.. semalam, kenduri kawen pak sedara aku pon dah ada photo booth..

      Hasil ilham daripada nenek sedara aku..malam sabtu tu..dok pulun menggunting sana sini, buat tagging.. pasang tirai lah kat beranda rumah, nak jadikan photobooth.. yang bestnya, semua makcik pakcik bagi idea mcm mana nak tambah menarikkan tempat tu.


ihsan dari pakcik google

siap buatkan satu buku khas untuk tetamu yang datang tulis kata-kata penghargaan untuk pengantin baru.


agaknya lagi 5 tahun akan datang ape plak idea baru yang muncul kat majlis perkahwinan.. tengok je lah nanti labu :)

Aku : Hubby, pelamin dah siap..

Hubby : yeahhh, esok boleh kita bersanding.. tabur beras

Aku : aipp membazir lah.. kita tabur bunga rampai yer

Hubby : taknok.. tabur beras gak, kalo tak tak yah sanding...

Aku : arghhhh


rasa nak gigit je Incik Botaf ni....gigit manja buat love bite.. oopsss

8 ulasan:

  1. beras kunyit... nak ada wajik ngan pulot kuning skali... pastu rendang ayam.. kalo ada ayam goreng lg bgus... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. amboi.. wajik sape nak buat?? pulut kuning boleh r itew buat

      Padam
  2. assalamulaikum wing angel hai dok tenguk dah nak khawin dengan hubby u ke ,he he tak mahu kompang ke bunga manggar ke naik tandu ke atau orang bersilat lagi depan wing angel dan hubbyhe he .well tak mahu ayam golek for hidangan pengantin to lepas suap menyuap diantar hubby dengan wing angel .kek pula 7 tingkat ke he he ,bunga rampai di tabur -tabur hai malam berinai tak ada ke he he .diringis ringis dengan air mawar he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. ewww itu semua adat lama.. kita moden acu.. akad nikah, sanding terus malam pertama..oopss

      Padam