Jumaat, 11 Oktober 2013

Tips Untuk Hubby

Assalamualaikum

              Pagi ni, hubby itew nak pi interbiu... In Shaa ALLAH dia dah prepare semua..hehe.. aku percaya dia boleh buat.. dah macam2 research dye buat, resume pon dah siap dah.. macam nak apply sambung PHD je bf itew ni. haha.. 

              Malam tadi hubby itew hafal nama-nama orang penting kat jabatan yang dye nak apply kerja ni.. Bersungguh-sungguh hubby itew..  i know u can do it sayang... give u best.. buatkan penemuduga tu ternganga.. haha..


  1. Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya. Caranya anda boleh search google atau bertanyakan kawan yang dah ada pengalaman dalam temuduga tersebut.
  2. Dari segi pakaian, anda mesti memakai baju kameja lengan panjang dan seluar slack hitam sahaja. Tetapi, anda mesti specifikan lagi cara pemakaian tersebut. Pilih warna baju kemeja yang sesuai untuk environment kerja yang anda minta
  3. Untuk apa jua temuduga sekali pun, jangan sesekali memakai baju yang terang-berderang seperti warna kuning dan sebagainya. Ini akan menyakitkan mata ahli panel temu duga tersebut.
  4. Tujuan temu duga adalah untuk ahli panel mengenal pasti bakal pekerja yang di ambil. Jadi, tunjukkan sikap yang mesra dan tunjukkan yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tetapi jangan terlalu mesra sehingga bergelak ketawa. Nanti ia menjadi tidak formal.
  5. Jangan bersandar pada kerusi dan anda jangan bermain jari ketika di temuduga. Apa yang saya perhatikan semasa temuduga tersebut, ahli panel melihat pada jari saya untuk beberapa kali. Letakkan tangan anda di paha sahaja dan duduk dalam keadaan yang tegap tetapi sedikit membongkok.
  6. Mata jangan meliar sana sini untuk melihat ruangan bilik temuduga. Ahli panel mungkin berfikir anda seorang yang cepat gementar atau cepat berasa tidak selesa. Mata fokus pada ahli panel yang bertanya.
  7. Semasa nak duduk diatas kerusi, jangan sesekali tarik kerusi tersebut ke depan atau ke belakang. Duduk dengan tenang dan penuh tertib.
  8. Semasa pengakhiran sesi temuduga, anda WAJIB menayakan satu sahaja soalan. Ini akan menguatkan lagi pada fikiran mereka yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tak tahu nak tanya soalan? Guna soalan ni untuk mana-mana temuduga sekalipun. “Boleh terangkan dengan lebih detail lagi apa yang perlu saya buat jika saya berjaya mendapat kerja ini?”
  9. Semasa hendak keluar dari bilik temuduga, pastikan anda bersalam dengan ahli panel yang sama jantina. Tidak perlu cium tangan.
              Kat atas ni tip untuk berdepan dengan penemuduga, hope my hubby baca tips ni.. hehe.. cuba yang terbaik yer sayang... muahhh love u..

3 ulasan: