Rabu, 23 Oktober 2013
Teka Teki Teka Tekuk
Assalamualaikum...
Semalam petang, aku nak pi kedai aksesori kereta, nak make up dak muharam ni.. tapi barang yang aku pesan tu tak sampai lagi.. petang ni lah kene pi lagi kedai tu.. Kedai kat Taman U, member cakap, situ murah sikit berbanding kedai aksesori kereta kat BBU.. tapi aku tak pi riki lah plak kat BBU tu... huhui..
Balik umah je, terus call hubby itew.. dye ngah cari maklumat untuk penulisan dye.. cian hubby itew.. kene carik semula info-info sebab linknya broken.. itew nak tolong dye tak bagi.. lalala... kalo aku tolong pon, tolong tengok je lah sayang kan.. hehe...oopss.. larii
Aku : Hubby.. ini ada teka teki ni... jawab ek..
Hubby : teka teki??
Aku : Apa yang Paling JAUH dengan kita kat dunia nie..
Hubby : Alorh senang je.. Masa LALU kita lah.. tak kan dapat balik kan?
Aku : Cess laki aku ni pandai ler plak dye (cakap dlm hati je)...
"ok soalan kedua", Apa yang paling TAJAM kat dunia ni
Hubby : Tu lagi Senang.. LIDAH ler.. kan lidah boleh melukakan hati ramai orang...
macam my honey ni selalu merajuk (OK, ayat tu aku yang tambah sendiri.. hehe)
Aku : Oit.. tengok buku ke jawapan ni??
Ok, soalan ketiga.. Apakah yang paling BERAT kat dunia ni??
Hubby : entah.. ape ek?? Besi?? Batu??
Aku : (cakap sorang2) kura2 dalam perahu, pura2 tak tau ler tu...
Hubby : AMANAH kan?? sebab nak menggalas amanah ni tanggungjawab yang besar kan??
Aku : ermm betul ler tu.. Ok..last Questiooooonn...
Apakah yang paling RINGAN dalam dunia ni?
Hubby : SOLAT lah... kerja paling mudah, tapi ramai orang malas nak buat, sebab senang sangat..
Aku : tahniah... Anda menang percutian di rumah sendiri selama 8 Hari 7 Malam yeahhh.. :P
(ok yang tu aku menambah je.. haha)
ekceli.. aku amek teka teki ni daripada kisah Imam Al-Ghazali dengan Anak muridnya..
aku bukan orang baik, aku manusia biasa.. mungkin aku tak sempurna, tapi ingat mengingati kan dituntut dalam ISLAM.. renung-renungkan selamat beramal....
sekian tazkirah subuh daripada profesor Not So Easy.. hahaha...
wassalam
Ahad, 13 Oktober 2013
Hari.Arafah
Assalamualaikum
Alhamdulillah, aku dah selamat sampai ke kampung... tadi sempat pi main air kat tapak rekreasi Ayer Keroh, sebelah Zoo Melaka... ada kayak, Pedal Boat, ada rock climbing, ada Flying Fox...best nye.. tak tau plak melaka ada tempat best camtu...
Tadi masa lepak-lepak tunggu adik-adik dan sedara mara semua main kayak, ada r plak sorang pakcik ni, selamba badak dia je isap rokok sebelah aku... argh, tension syal aku time tu.. takde kesedaran sivik orang tua ni, dia tak tau ke, Melaka dah diwartakan sebagai tempat bebas asap rokok.. :P Nak merokok pon, pi lah jauh dari orang lain... orang lain tak nak mati sebab terhidu asap rokok pakcik tu...
ooopps termarah plak...
Ekceli, teman nak ngabor kan kome2 semua.. esok Sehari sebelum hari raya.. kebanyakkan jemaah haji dah pun sampai di padang Arafah untuk berwukuf.. yokkk, kita yang kat tanah Air ni, yang belum sempat nak pi Haji, kita berpuasa sunat... Bagii yang ngah bercuti tu, elok ler deme berpose.. yang bekerja tu, kalo nak join pose pon ok gak.. lagi banyak pahala kot... deme2 semua kerja pun dah ibadah, berpose sunat pon dah kira ibadah sunat.. hehe..berganda pahala-pahala puasa deme...
sekian saja entri teman arini..
esok teman ngan encik Piyot Riyot nak berpuasa.. yok join kami.. lagi ramai lagi meriah kan..
esok ulangbulan kami ke9.. ag 3 bulan genap setahun... yeahhh..
Jumaat, 11 Oktober 2013
Tips Untuk Hubby
Assalamualaikum
Pagi ni, hubby itew nak pi interbiu... In Shaa ALLAH dia dah prepare semua..hehe.. aku percaya dia boleh buat.. dah macam2 research dye buat, resume pon dah siap dah.. macam nak apply sambung PHD je bf itew ni. haha..
Malam tadi hubby itew hafal nama-nama orang penting kat jabatan yang dye nak apply kerja ni.. Bersungguh-sungguh hubby itew.. i know u can do it sayang... give u best.. buatkan penemuduga tu ternganga.. haha..

- Anda mesti bersedia dari segi soalan yang bakal ditanya. Sebagai contoh saya fokuskan untuk latihan pegawai perubatan sahaja. Anda mesti tahu soalan-soalan yang bakal ditanya dan sebagainya. Caranya anda boleh search google atau bertanyakan kawan yang dah ada pengalaman dalam temuduga tersebut.
- Dari segi pakaian, anda mesti memakai baju kameja lengan panjang dan seluar slack hitam sahaja. Tetapi, anda mesti specifikan lagi cara pemakaian tersebut. Pilih warna baju kemeja yang sesuai untuk environment kerja yang anda minta
- Untuk apa jua temuduga sekali pun, jangan sesekali memakai baju yang terang-berderang seperti warna kuning dan sebagainya. Ini akan menyakitkan mata ahli panel temu duga tersebut.
- Tujuan temu duga adalah untuk ahli panel mengenal pasti bakal pekerja yang di ambil. Jadi, tunjukkan sikap yang mesra dan tunjukkan yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tetapi jangan terlalu mesra sehingga bergelak ketawa. Nanti ia menjadi tidak formal.
- Jangan bersandar pada kerusi dan anda jangan bermain jari ketika di temuduga. Apa yang saya perhatikan semasa temuduga tersebut, ahli panel melihat pada jari saya untuk beberapa kali. Letakkan tangan anda di paha sahaja dan duduk dalam keadaan yang tegap tetapi sedikit membongkok.
- Mata jangan meliar sana sini untuk melihat ruangan bilik temuduga. Ahli panel mungkin berfikir anda seorang yang cepat gementar atau cepat berasa tidak selesa. Mata fokus pada ahli panel yang bertanya.
- Semasa nak duduk diatas kerusi, jangan sesekali tarik kerusi tersebut ke depan atau ke belakang. Duduk dengan tenang dan penuh tertib.
- Semasa pengakhiran sesi temuduga, anda WAJIB menayakan satu sahaja soalan. Ini akan menguatkan lagi pada fikiran mereka yang anda betul-betul minat dengan kerja tersebut. Tak tahu nak tanya soalan? Guna soalan ni untuk mana-mana temuduga sekalipun. “Boleh terangkan dengan lebih detail lagi apa yang perlu saya buat jika saya berjaya mendapat kerja ini?”
- Semasa hendak keluar dari bilik temuduga, pastikan anda bersalam dengan ahli panel yang sama jantina. Tidak perlu cium tangan.
Kat atas ni tip untuk berdepan dengan penemuduga, hope my hubby baca tips ni.. hehe.. cuba yang terbaik yer sayang... muahhh love u..
Khamis, 10 Oktober 2013
dalam wayang ada 3 orang je :)
Assalamualaikum
Semalam aku tengok wayang.Lepas keje
Aku plan nak tengok KL Gengster 2.. Aku roger hosmate aku suruh tunggu kat wayang Plaza T S pukul 4 petang. Abes je keja, aku bawak muharam pi Plaza T. Aku panjat Plaza T dengan harapan, ade lagi lah tiket citer KLG2 tu..
sampai je kaunter tiket
Aku : Dik, citer KLG2 ada seat kosong lagi tak?
Budak Kaunter : Abang nak tengok citer pe?
Aku : KL Gengster 2 ada kosong lagi x?
Budak Kaunter : Semua kosong lagi bang.. nak tengok berapa orang?
Aku : Nak tgk 3 orang
Budak Kaunter : Macam ni lah bang, datang balik pukul 5.20 ek, ti kalo ada 5 orang, kita akan tayangkan
Aku : prftttttt
pukul 5.20
member aku dah tak boleh sabar, dye gertak budak tu, suruh tayangkan gak.. budak tu angkat phone, macam mintak kebenaran.. pastu dye dengan muka yang sedikit hampa, dan berkata
"ok bang..boleh tengok, satu seat RM7.."
Oyeahh, kiteowg tengok ber3 je dalam panggung wayang yang besaq tu.. omakaih, best giler.. haha.. rasa macam selebriti hollywood yang ada panggung wayang sendiri haha...tengok plak citer aksi.. perghh best!!!!
5 Sebab kenapa korang kene tengok KLG2
1. filem yang paling dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia
2. Jalan cerita yang simple dan senang faham bagi aku, kalau siapa yang belum tengok KLG1, tapi dia nak tgk KLG 2 tak ade masalah, sebab penonton boleh faham jalan cerita tu dengan sendirinya..
3. Samsul Yusof mengangkat nilai kekeluargaan dalam cerita ni, dari penyesalan seorang emak, tanggungjawab Malik dalam keluarga, dan akhirnya Beban yang Jai kene tanggung, semuanya diolah dengan baik.
4. Watak yang gempak2.. daripada watak Malik, Shark, Jai, Tailong, Ajib, Dragon, semua ada kesinambungan. Semua ada kekuatan dari segi penceritaannya.. watak Tailong yang pailang giler..memang menjadi, Rosyam Nor bawak watak tu best.. memang jahat nak mam*** hehe
5. Scene aksi yang tak mengecewakan.. skill fighting yang pelbagai.. ada scene terbalikkan kereta polis.. pergh.... terbaek r.. puas ati r tengok citer ni..
*ti kalau hubby itew mai, itew pi sini je r.. tak ramai orang haha..

Rabu, 2 Oktober 2013
Zon Kenangan : Lagu Kekanak Hubby itew
Assalamualaikum
Lagu kanak-kanak?????
Bukan semua orang boleh ingat zaman kanak-kanak dia kan.. ada orang cuba melupakan zaman kanak-kanak.. ada orang sangat menghargai zaman kanak-kanak.. masa aku lima tahun, parent aku hantaq pi taski (Taman Asuhan Kanak-kanak Islam)..masa tu aku belajaq menghafal doa, macam-macam doa..doa makan, doa masuk tandas, doa tengok cermin, doa belajar...kemudian, Umur 6 Tahun, aku dihantar ke Tadika KEMAS.. time ni banyak belajar menyanyi... tapi mungkin sebab bukan jiwa aku.. aku nyanyi time tu je lah.. balik rumah tak de nye aku nak nyanyi.. Antara lagu-lagu yang aku ingat :
1. Papaku Pulang
2. Bangun Pagi
3. Bangau o Bangau
4. Lompat Si Katak Lompat
Selain tu ada gak lagu yang nenek aku nyanyi masa tidurkan adik aku.. macam lagu Tepok Amai-Amai.. selain tu ada lah jugak zikir-zikir yang dia baca masa nak tidurkan adik aku.. :)
kalau masa main dengan budak-budak kampung..ade nyanyi lagi air pasang pagi surut...
Air pasang pagi, surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
pokok bunga melur tanam tepi kolam,
itik bertelur ayam menetas
cik Baba jatuh dalam parit
cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Dapat BF hensem, terselit bawak dapur..
lagi satu lagu yang aku suka
"Malam yang sepi pi pi...
Pak Mat jual topi pi pi...
Topi yang koyak yak yak...
Pak Mat jual tempoyak yak yak...
Tempoyak yang basi si si...
Pak Mat terus mati ti ti..."
My Hubby suruh aku buat research pasal lagu kanak-kanak.. sebab masa dye nyanyi lagu kanak-kanak, ade yang aku tak pernah dengar...hehe.. ada jumpa lagu my hubby yang kusayang.. comel sangat lagu tu.. hehe.. harap-harap hubby itew nyanyi malam ni.. pelisssss.. hehe
lagu kanak-kanak yang aku tak pernah dengar klik sini

Langgan:
Catatan (Atom)