Assalamualaikum
pejam celik dah malam ke 18 Ramadhan.. sudah 17 hari kita berpuasa. Korang berpuasa penuh tak tahun ni? kalau mana yang nak mengelat tu jangan nak mengada-ngada. Dah tua bangka pon tak puasa penuh jenuh lah nanti dah ada anak pinak. Puasa korang macam mana?
Kisah Ramadhan aku agak bermula dengan agak menyedihkan. Ciss..
Minggu Pertama Ramadhan :
1. Balik kampung.. Sebab JDT menang kan, so balik lah kampung awal sehari.. Masa tu dah demam dah. gigihkan diri nak sambut awal ramadhan dekat rumah. Alhamdulillah dapat gak sambut ramadhan dengan famili. Tapi yang bestnya 2 kali pi klinik sebab demam tak kebah. Hari pertama puasa terbaring depan tv sambil menanti waktu berbuka. Tak dilupakan rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan. Layan gak rancangan ni waktu puasa.
2. Hari ke 3 Puasa tiba-tiba rasa perut pedih, tapi kuatkan gak hati untuk berpuasa penuh satu hari, bak kata my Hubby, rugilah kalau tak puasa sebab pahala Ramadhan tak sama dengan pahala ganti kan. kita takkan jumpa puasa ramadhan tahun ni sebab tahun depan sudah Ramadhan tahun 1436h. Hari ke 4 Ramadhan, aku dah tak boleh tahan dah. Lepas kerja Aku pergi Klinik 1 Malaysia Nusa Bestari tu. MA kata aku dah kena Gastrik. What the Fish, dah tua macam ni baru lah nak kena gastrik. Ohmai.. #dahkenapaakuni? bertambah lagi ubat dan antibiotik aku
3. Hari ke7 Ramadhan. aku berbuka dengan member opis dekat kenny rogers Setia tropkia. Habis je makan, member tegur kenapa tangan aku penuh bintik-bintik.. arghhh sudah kenapa pulak.. macam-macam hal lah. Balik rumah terus snap gambar tangan yang dah penuh bintik tu then aku whatsapp kan dekat Hubby dan mak aku.
Hubby : Bobot makan ape tadi?
Aku : Kenny rogers je.. ayam, nasi, muffin pisang dengan buah2.
Hubby : ada buah nenas kan?
Aku : AAH
Hubby : elergik kot ni..
Aku : tapi badan Bobot dah panas. macam nak demam balik
pastu emak plak call aku
Emak : along. bintik tu kat tangan je ke?
Aku : Aaah mak, kat tangan je..
Emak : Badan panas tak?
Aku : dah mula panas balik ni..
Emak : takut denggi je ni.. esok pi lah check
tetibe ayah plak ambil telefon
Ayah : Along, kau jangan degil. esok pagi pi klinik ambil darah.
Aku : hmm baik ayah.. (dalam hati : malasnye nak pi klinik lagi)
Ayah : sekarang ni musim demam denggi. jaga kesihatan tu
Aku : yer ayah. nanti esok along pergi
Esok pagi nye.. Aku bangun nak bersahur. Pergi ke tandas nak cuci muka.. Aku tengok dekat cermin.. Tidakkkkk.. satu badan aku dah naik bintik merah.. Dalam hati aku cuma berharap jangan lah demam campak @ Denggi.. Aku tak mahu duduk dekat HSA tu..
Aku masuk ke Office macam biasa. Kemudian, member tegur, "apsal leher ko berbintik-bintik tu?" argh sudah.. jelas sangat ke? Aku terus jumpa bos, mintak kebenaran nak pi klinik. Sampai dekat Poliklinik Mahmoodiah dah pukul 10. Orang dah mula ramai, nombor pon lambat dia nak panggil.
Nombor aku pun dipanggil, "yer incik. dah demam berapa hari yer", tegur Doktor perempuan muda berambut panjang. "dari sebelum puasa doc dan sampai sekarang sekejap demam sekejap ok", kataku. "ok, Incik pi belakang, kita nak ambil darah", arah doktor perempuan tu. arghh tidak.. kena ambil darah lah pulak. To be honest aku tak suka klinik, dan Jarum.. Benci ya amat.. Medical Assistant yang bertugas ambil darah tu macam elok je. opss puasa lah. Lagi pon aku tengah sakit, tengok sekali lalu je muka dia. Masa dia nak cucuk jarum tu memang aku tak pandang lah kan. Aku pandang tempat lain.
2 Jam aku tunggu untuk Doktor tu panggil balik bagi result. "sel darah putih incik tinggi" Aku malas nak tanya panjang dengan Doktor tu sebab dah jenuh menunggu.. Dia bagi ubat antibiotik yang besar punyer.. Matilah nak telan semua antibiotik yang ada. kemudian, aku snap gambar keputusan blood test tu dan aku whatsapp kan kat member yang keje dekat IJN dan HKP. Minta diorang tengokkan apa yang tak kena dengan result tu. Member cakap "normal lah bila demam panas, sel darah putih tinggi sebab dia nak defense badan", aku dah lega dah..nasib baik bukan demam campak atau Denggi kan.
Selesai urusan di Poliklinik Mahmoodiah, aku terus ke Jalan Yahya Awal, ada meeting kat sana pulak.. Argh memang dalam meeting tu tak banyak cakap lah. Orang demam kau suruh attend meeting dengan pegawai kerajaan memang senyum paksa je lah. Kalau bos tak bagi aku anugerah tahun ni siap lah aku mogok!! tudia buat keje tak ikhlas.. astagfirullah. Setakat tu je Kisah Ramadhan ku Part 1. Selamat berpuasa guys
Selasa, 15 Julai 2014
Rabu, 2 Julai 2014
Ramadhan Kareem
Assalamualaikum
Sudah 4 hari Ramadhan menjenguk. Alhamdulillah semalam aku dapat juga berterawih di surau setelah 2 hari tidak sihat. Ramadhanku disambut dengan demam dan sakit kepala yang teruk. Ini semua pasti ujian daripada Allah, dan aku terimanya. Salam Ramadhan buat semua blogger dan blogwalker semua. Jom azam tahun ini untuk berpuasa penuh dan jauhi benda yang lagha.
kepada hubby, terima kasih sentiasa berada di sisi saya, tak kira waktu susah senang, sakit sihat...sayang hubby sangat-sangat
Sudah 4 hari Ramadhan menjenguk. Alhamdulillah semalam aku dapat juga berterawih di surau setelah 2 hari tidak sihat. Ramadhanku disambut dengan demam dan sakit kepala yang teruk. Ini semua pasti ujian daripada Allah, dan aku terimanya. Salam Ramadhan buat semua blogger dan blogwalker semua. Jom azam tahun ini untuk berpuasa penuh dan jauhi benda yang lagha.
kepada hubby, terima kasih sentiasa berada di sisi saya, tak kira waktu susah senang, sakit sihat...sayang hubby sangat-sangat
Langgan:
Catatan (Atom)