Selasa, 6 Mei 2014

Perginya Seniman Negara

Assalamualaikum..

Mati itu Pasti, Hidup InshaALLAH..

Alfatihah buat Pak Ajis, semoga Allah merahmati anda, terima kasih pak ajis, pak sudin dan Pramlee kerana saya membesar dengan lawak anda bertiga. Semoga Allah menyayangi kalian.



sudin: dulu kalau korang dengar cakap..senang kita dah pindah pun

aziz : yer la din..umah yg kau ckp tu ader org pindah ke blom

sudin : umah yg mana niii

azizi : yang kau ckp tu

sudin: oo..umah tu masih kosong tapi kalau kita apply dpt laaa

azizi : ader berapa bilik din
sudin : ada 3 bilik

aziz: ooo..bagus la kita ada bilik sorang satu ..besar tak biliknyer din

sudin: besar tak berapa besar...panjang nya tu 7 kaki kau tu..lebarnya tu membawa ke 3 kaki....dalamnya 7 kaki daaa...

azizi : besar jugak.....(baru sedar sudin mainkan azizi )..itu kubur tempat ko nak mampus bahalolllll

Jumaat, 2 Mei 2014

Setahun sudah Berlalu

Assalamualaikum

Hari ini, 2 Mei 2014.. sudah setahun dia pergi meninggalkan aku..

Aku rindukan asam pedas, kuah masak lemak, nasi goreng dia. sejak dari dia sakit dua tahun lepas, tidak lagi aku dapat rasa kan air tangannya. Masih aku ingat, sewaktu aku nak balik ke JB, dia gigih bangun dan masakkan sambal ikan gelama. sedapnyaaaaaa...

tapi itu kisah lalu..

semalam..

aku sengaja ambil jalan dalam nak balik ke Melaka.. jalan yang pernah aku lalu setahun yang lalu..

Yong Peng-Bakri-Muar-Melaka

Setahun yang lalu, sebelum sampai ke rumah, aku tepaksa mengambil sepupu aku di Bakri, dalam keadaan aku tidak tahu yang dia sudah tiada lagi.

Disebabkan nak cepat sampai ke rumah, aku nyaris dilanggar oleh Civic.. tetapi Allah masih lagi mahu aku terus hidup...

Semalam,

Sepanjang perjalanan aku bermonolog sendirian,
adakah dia sedang melihat apa yang aku buat sekarang, adakah dia sedih dengan apa yang aku buat sekarang, dan adakah dia bahagia di sana.

Nenek,

Aku sedang cuba perlahan-lahan untuk menjadi anak, abang, dan cucu yang soleh. Cucu yang boleh sentiasa mendoakanmu di dalam setiap solatku.

Semoga Allah melapangkan pembaringanmu, menjadikan kuburmu sebagai taman syurga. Sesungguhnya, kau insan yang berjasa kepada diriku ini, sejak dari kecil sehingga aku besar. Terima Kasih Nenek.

Aku Sentiasa Merinduimu.

AlFatihah buatmu..



setahun yang lepas (klik)